Loading...

Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media

Loading...
Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media
link : Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media

Baca juga


Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan mahu agar wujud kebebasan media di negara ini.

Tegasnya, beliau tidak boleh menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil sebarang tindakan kepada mana-mana individu atau pihak yang membuat kritikan terhadapnya.

“Kita nak free media. Pihak polis misalnya (telah) mengambil tindakan ke atas seorang individu di Pulau Pinang yang menulis kritikannya terhadap saya. Itu (penahanan) bukan yang kita mahu polis buat.

“Jika ada orang nak buat tohmahan kepada saya, mereka boleh buat. Jika saya tak suka, saya boleh ambil tindakan saman sebagai seorang individu.

“Saya tidak boleh menggunakan kuasa yang ada pada saya menahan sesiapa atau seumpamanya,” kata Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersama media Pakatan Harapan di Yayasan Albukhary pada tengah hari.

Dalam perkembangan berkaitan, anggota masyarakat sivik melahirkan kritikan mereka atas tindakan polis menahan individu terbabit.

Menurut kenyataan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan yang dilaporkan Malaysiakini, tindakan itu amat tidak wajar dilakukan di bawah kerajaan baru

“Polis perlu hargai bahawa kita memiliki kerajaan yang baru sekarang.

“Salah satu janjinya adalah untuk membuka ruang demokrasi. Jika dia ditangkap hanya kerana mengkritik PM, maka ia benar-benar bercanggah dengan segala yang telah dijanjikan oleh pentadbiran baru itu.

“Mungkin polis bertindak kerana kebiasaan. Mereka perlu menghapuskan tabiat itu dan sedar bahawa perkara itu sangat berbeza sekarang,” kata beliau. #sumber


Demikianlah Artikel Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media

Sekianlah artikel Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/tun-mahathir-kerajaan-malaysia-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tun Mahathir: Kerajaan Malaysia Akan Pastikan, Kebebasan Media"

Catat Ulasan

Loading...