Loading...
Judul : Wan Azizah Tolak Dakwaan Nurul Izzah Akan Kahwin Dengan Agong
link : Wan Azizah Tolak Dakwaan Nurul Izzah Akan Kahwin Dengan Agong
Wan Azizah Tolak Dakwaan Nurul Izzah Akan Kahwin Dengan Agong
HULU SELANGOR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menangkis dakwaan anaknya Nurul Izzah Anwar akan dijodohkan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
"Astagfirullahaladzim. Jangan percaya khabar angin," kata Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Beliau dilihat mengurut dada dan terkejut dengan soalan berkenaan namun mampu tersenyum ketika ditemui media selepas melawat Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu dekat sini, hari ini.
Nurul Izzah, yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebelum ini dilapor menafikan berita itu yang tular di media sosial.
Pada Khamis lepas, Dr Wan Azizah bersama suaminya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis menerima menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu.
Ia kunjungan sulung Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR ke Kelantan selepas mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri. #sumber
Demikianlah Artikel Wan Azizah Tolak Dakwaan Nurul Izzah Akan Kahwin Dengan Agong
Sekianlah artikel Wan Azizah Tolak Dakwaan Nurul Izzah Akan Kahwin Dengan Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah Tolak Dakwaan Nurul Izzah Akan Kahwin Dengan Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/wan-azizah-tolak-dakwaan-nurul-izzah.html
0 Response to "Wan Azizah Tolak Dakwaan Nurul Izzah Akan Kahwin Dengan Agong"
Catat Ulasan