Loading...
Judul : Zahid Dakwa Perjumpaan Shukri Abdull 'Di Luar Maklumat' Beliau
link : Zahid Dakwa Perjumpaan Shukri Abdull 'Di Luar Maklumat' Beliau
Zahid Dakwa Perjumpaan Shukri Abdull 'Di Luar Maklumat' Beliau
KUALA LUMPUR: "Perjumpaan itu dibuat di luar maklumat saya," kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull, hari ini berhubung isu penyelewengan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Shukri pagi tadi mendedahkan beliau bersama Tan Sri Abu Kassim Mohamed bertemu dengan menteri Kabinet dan Majlis Raja-Raja bagi mendesak supaya Datuk Seri Najib Razak digantikan sebagai Perdana Menteri selepas terdapat bukti berlaku penyelewengan dana 1MDB.
Syukri, yang baru dilantik ke jawatan itu Khamis lalu, berkata inisiatif mengadakan pertemuan itu digerakkan Abu Kassim yang ketika itu memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata siasatan yang adil kepada Najib perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.
"Saya fikir prosedur (siasatan) mesti mengikut tatacara asalkan ia dibuat pada waktu bersesuaian.
"Saya rasa beliau (Najib) perlu dihormati semua pihak, yang kami tidak berkenan apabila waktu tidak sesuai untuk lakukan tindakan (serbuan)," katanya.
Kediaman Najib minggu lalu digeledah pihak berkuasa dengan beberapa rampasan barangan miliknya termasuk wang tunai, barang kemas dan beg tangan di rumahnya di Taman Duta dan Pavilion Residences Apartment, di sini.
Najib juga hari ini hadir ke ibu pejabat SPRM, di Putrajaya bagi memberi keterangan berkenaan penyelewengan dana SRC International. #sumber
Demikianlah Artikel Zahid Dakwa Perjumpaan Shukri Abdull 'Di Luar Maklumat' Beliau
Sekianlah artikel Zahid Dakwa Perjumpaan Shukri Abdull 'Di Luar Maklumat' Beliau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid Dakwa Perjumpaan Shukri Abdull 'Di Luar Maklumat' Beliau dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/zahid-dakwa-perjumpaan-shukri-abdull-di.html
0 Response to "Zahid Dakwa Perjumpaan Shukri Abdull 'Di Luar Maklumat' Beliau"
Catat Ulasan