Loading...

Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan

Loading...
Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan
link : Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan

Baca juga


Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan


BENTONG: Badan Perhubungan UMNO Pahang menerima pembekuan akaun bank miliknya sebagai wajar bagi memberi laluan kepada penyiasatan oleh pihak berkuasa berhubung pelbagai isu berbangkit.
Mengesahkan akaun bank berkenaan sudah dibekukan, Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
"Saya bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada 19 Jun lalu dan Tun Daim Zainuddin bertanyakan sama ada kami ada mendapat bantuan kewangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)...saya kata Badan Perhubungan UMNO Pahang mendapat dua keping cek.
Saya ada menyimpan dokumen seperti salinan imbasan dan penyata kewangan, ini memudahkan pihak berkenaan membuat siasatan.
"Tindakan ini wajar bagi membantu siasatan, namun saya hairan akaun UMNO Bahagian Bentong pun turut dibekukan dan saya diberitahu kita ada mendapat cek...kita terbuka dalam siasatan dilakukan pihak berkuasa," katanya ditemui selepas mesyuarat UMNO Bahagian Bentong di Dewan Arena, dekat sini, hari ini.
Baru-baru ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memangku jawatan Presiden UMNO mendedahkan SPRM membekukan akaun UMNO Pusat, UMNO Selangor dan UMNO Johor.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai membekukan akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam pada itu, Adnan berkata, walaupun berdepan tindakan pembekuan akaun berkenaan pihaknya akan terus bergerak namun dengan cara lebih bersederhana.
"UMNO ketika mula penubuhannya dahulu pun bukan senang tetapi kita ada semangat, jika kita ambil semula semangat berkenaan maka tiada masalah untuk bangkit semula," katanya.
Selain itu, Adnan berkata, ahli UMNO harus menerapkan tiga aspek bagi mengembalikan semula martabat parti itu supaya ia diterima rakyat pada masa depan.
"Tiga aspek itu adalah mempunyai jiwa kuat serta roh suci, penampilan dan kelakuan yang baik...InsyaAllah kita akan mendapat kepercayaan rakyat," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan

Sekianlah artikel Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/adnan-yaakob-dakwa-bekukan-akaun-adalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adnan Yaakob Dakwa "Bekukan" Akaun Adalah Wajar Untuk Bantu Siasatan"

Catat Ulasan

Loading...