Loading...

ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Loading...
ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)
link : ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Baca juga


ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)


BENTONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman tidak menolak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) malah menyokong projek tersebut yang dilihat mampu memberi keuntungan ekonomi kepada rakyat dan daerah ini.

Namun, beliau berharap agar kerajaan dapat meneliti semula projek tersebut di Bentong kerana pihaknya mendapati terdapat banyak kerosakan alam sekitar yang berlaku selepas projek tersebut dilaksanakan.

Menurutnya, projek tersebut juga kini telah memberi kesan negatif kepada penduduk yang mengalami masalah banjir lumpur apabila hujan lebat.

“Baru-baru ini penduduk di Kampung Gemeti mengalami masalah banjir lumpur selepas siapnya laluan baharu untuk memudahkan para pekerja ke tapak pembinaan. 

Walaupun hujan tersebut sekejap dan paras air naik setakat luar rumah tapi bayangkan kalau sehari hujan, tidak mustahil air lumpur boleh masuk rumah.

Mereka perlu ikut prosedur dalam melaksanakan projek tersebut supaya tak beri kesan jangka panjang yang buruk dan tidak menyusahkan penduduk setempat... kita menyokong projek ini tapi jangan memberi tekanan kepada mana-mana pihak di Bentong,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya juga sudah memaklumkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya tindakan tegas dan dapat diambil serta perlu mengkaji semula terjadinya banjir lumpur lepas laluan tersebut dilaksanakan.

Bentong merupakan satu kawasan yang sangat kaya dengan keindahan alam sekitar yang perlu kita jaga dengan sebaiknya supaya anak cucu kita akan dapat menikmati apa telah kita kecapi.

“Projek ini kalau dibangunkan banyak memberi manfaat kepada penduduk khususnya dari segi pembangunan ekonomi tetapi kerajaan perlu semak semula supaya kerosakan alam sekitar dapat diminimumkan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, beliau juga turut mempersoalkan kos projek tersebut yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak munasabah. #sumber




Demikianlah Artikel ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Sekianlah artikel ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/adun-ketari-tetap-sokong-projek-laluan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ADUN Ketari Tetap Sokong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)"

Catat Ulasan

Loading...