Loading...
Judul : Ahli Parlimen Bukit Gantang Pula Umum Keluar Dari BN Dan UMNO
link : Ahli Parlimen Bukit Gantang Pula Umum Keluar Dari BN Dan UMNO
Ahli Parlimen Bukit Gantang Pula Umum Keluar Dari BN Dan UMNO
Pada sidang media di Bilik Gerakan dan Logistik BN Parlimen Bukit Gantang hari ini, Syed Abu Hussin turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.
Syed Abu Hussin berkata, keputusan paling menyedihkan itu terpaksa dibuat kerana ingin memberikan peluang kepada mereka yang lebih mampu memimpin UMNO Bukit Gantang.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas kecewa apabila saf kepimpinan UMNO sebelum ini yang berjaya membawa BN menang di Parlimen Bukit Gantang dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu diketepikan pada pemilihan sayap bahagian, Sabtu lalu.
"Walaupun PRU-14 lalu, saya berjaya menggerakkan dan memimpin jentera BN mengharungi tsunami sehingga berjaya menang 4-0 serta mengatasi badi 10 tahun kekalahan namun harapan saya untuk saf kepimpinan sama dikekalkan, tidak menjadi kenyataan.
"Apa diharapkan hancur apabila pertandingan sayap Pemuda UMNO melihat kehancuran, 15 cawangan hancur, dua wakil rakyat (ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud dan ADUN Trong, Jamilah Zakaria) tidak dapat tempat dalam saf sayap UMNO.
"Ini memberikan tamparan dan apa isyarat sebenarnya yang ingin disampaikan di bawah sana sehinggakan dua ADUN tidak diberi tempat," katanya.
Untuk rekod, pada PRU-14, BN berjaya memenangi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Trong, Kuala Sepetang dan Changkat Jering berbanding pada PRU-13, hanya memenangi DUN Trong.
Syed Abu Hussin berkata, pada pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Sabtu lalu, Ahmad Saidi bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang dan tewas kepada pencabarnya manakala Jamilah tidak bertanding kerana merasakan dirinya tiada tempat.
Menurutnya, tempatnya sebagai Ketua UMNO Bahagian akan diambil alih timbalannya yang juga ADUN Kuala Sepetang, Mohd Kamaruddin Abu Bakar.
Katanya, beliau akan meneruskan tugasnya sebagai ahli parlimen bebas dan tidak bercadang untuk menyertai dan berbincang dengan mana-mana parti lain pada masa ini.
"Saya kecewa dengan apa yang berlaku kerana apa yang saya lakukan tidak dihargai UMNO Bukit Gantang, saya tidak boleh memimpin dalam keadaan UMNO bahagian yang berpecah.
"Saya merasakan tindakan saya ini wajar kerana saya memulihkan UMNO (Bukit Gantang) namun jentera ini dihancurkan (ahli UMNO akar umbi Bukit Gantang) dan saya akan mengadakan dialog dengan pengundi parlimen ini bagi menerangkan keputusan saya ini," katanya.
Berikutan pengumuman itu, kedudukan semasa kerusi Parlimen ialah Pakatan Harapan (PH) 116, BN (55), Gabungan Parti Sarawak (19), PAS (18), Parti Warisan Sabah (lapan), Bebas (dua) serta masing-masing satu kerusi milik Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku. #sumber
Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Bukit Gantang Pula Umum Keluar Dari BN Dan UMNO
Sekianlah artikel Ahli Parlimen Bukit Gantang Pula Umum Keluar Dari BN Dan UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Bukit Gantang Pula Umum Keluar Dari BN Dan UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/ahli-parlimen-bukit-gantang-pula-umum.html
0 Response to "Ahli Parlimen Bukit Gantang Pula Umum Keluar Dari BN Dan UMNO"
Catat Ulasan