Loading...
Judul : Akan 'Di Tuduh'? Akhbar Laporkan Rosmah 'Dalang Utama' Kes 1MDB !
link : Akan 'Di Tuduh'? Akhbar Laporkan Rosmah 'Dalang Utama' Kes 1MDB !
Akan 'Di Tuduh'? Akhbar Laporkan Rosmah 'Dalang Utama' Kes 1MDB !
KUALA LUMPUR: Isteri Datuk Seri Najib Razak juga dijangka dituduh di mahkamah berhubung penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar Wall Street Journal (WSJ) semalam melaporkan Datin Seri Rosmah Mansor penggerak utama, melalui ahli perniagaan Low Taek Jho, yang terlibat.
Ia menjejak hubungan Low, juga dikenali Jho Low, dengan Rosmah selama 10 tahun lalu, termasuk mempunyai rumah berdekatan di London.
“Mereka yang mengenali Rosmah menyatakan beliau menggerak penglibatan seorang ahli perniagaan Malaysia yang disebut dalam dokumen Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang membantu menubuhkan 1MDB dan menyeleweng dananya,” lapor akhbar tersebut yang memetik sumber-sumber.
Low juga memberi pelbagai hadiah barangan mewah kepada Rosmah termasuk permata, koleksinya itu didakwa berjumlah US$350 juta (RM1.41 bilion), beg tangan termasuk Hermes Birkin, dan jam.
Ahli perniagaan 36 tahun itu yang meyakinkan Rosmah bahawa beliau ada hubungan dengan keluarga kaya Timur Tengah sejak belajar kolej pengajian perniagaan Wharton.
Dari situ, Rosmah memperkenalkan Low, yang juga kenalan dekat anaknya Riza Aziz, kepada Najib, yang didakwa akhbar itu memberi kelonggaran kepada dana 1MDB.
Wall Street Journal melaporkan Low yang memasukkan iklan besar di akhbar berpengaruh The New York Times ketika Rosmah ke Amerika Syarikat pada 2010.
Low juga yang memperkenalkan kepada wanita itu selebriti kelas A Hollywood seperti Robert De Niro dan Jamie Foxx dalam parti yang disertainya.
Malaysia sedang meneliti semua pembelian besar Rosmah menggunakan kad kredit Najib, termasuk Chanel di Hawaii dan barang kemas Itali, lapor WSJ.
Laporan itu menyebut Rosmah dalang utama tindakan bekas Perdana Menteri itu berhubung urusan 1MDB, sementara Najib berminat mencari dana politik. #sumber
Demikianlah Artikel Akan 'Di Tuduh'? Akhbar Laporkan Rosmah 'Dalang Utama' Kes 1MDB !
Sekianlah artikel Akan 'Di Tuduh'? Akhbar Laporkan Rosmah 'Dalang Utama' Kes 1MDB ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akan 'Di Tuduh'? Akhbar Laporkan Rosmah 'Dalang Utama' Kes 1MDB ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/akan-di-tuduh-akhbar-laporkan-rosmah.html
0 Response to "Akan 'Di Tuduh'? Akhbar Laporkan Rosmah 'Dalang Utama' Kes 1MDB !"
Catat Ulasan