Loading...
Judul : "Aktivis Sosial", Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong
link : "Aktivis Sosial", Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong
"Aktivis Sosial", Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong
KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Hishamuddin Rais menafikan beliau memuat naik artikel berbaur hasutan dan hinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Muhammad V di blognya Rabu lalu.
Zaid Malek, peguam yang mewakili Hishamuddin berkata, mereka sudah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor, petang semalam, mendakwa blognya digodam sebelum menulis dan memuatnaik artikel berbaur hinaan itu.
"Susulan itu, polis memanggil Hishamuddin untuk memberi keterangan. Kami hadir di Balai Polis Petaling malam ini bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan dilakukan.
"Proses mengambil keterangan mengambil masa kira-sejam setengah dan selesai jam 12 tengah malam," katanya ketika dihubungi, malam tadi.
Terdahulu, dalam satu kenyataan kepada media, Zaid dikatakan menemani Hishamuddin ke balai polis Sri Petaling kira-kira 10.30 malam tadi.
Hishamuddin melalui blognya www.tukartiub.blogspot.com dilaporkan melemparkan pelbagai kata-kata kesat dan tuduhan melampau terhadap Seri Paduka Baginda termasuk mendakwa Agong terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Malah tulisan blog itu sempat tular di laman sosial, bagaimanapun tinjauan di laman blog berkenaan mendapati kenyataan itu sudah dipadamkan. #sumber
Demikianlah Artikel "Aktivis Sosial", Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong
Sekianlah artikel "Aktivis Sosial", Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel "Aktivis Sosial", Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/aktivis-sosial-hishamuddin-rais-nafi.html
0 Response to ""Aktivis Sosial", Hishamuddin Rais Nafi Muat Naik Artikel Hina Agong"
Catat Ulasan