Loading...

BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik

Loading...
BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik
link : BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik

Baca juga


BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik


PUTRAJAYA: Parti Anak Muda Melayu Kebangsaan (BANGSA) akan mengemukakan kertas cadangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan mendaftarkan pengundi bagi yang layak secara automatik.

Penyelaras Sosialis BANGSA, Datuk Mohd Mazri Mahmud berkata, langkah ini lebih penting berbanding melaksanakan iklan pada mereka (pengundi) setiap masa .

Menurutnya, langkah ini wajar kerana ia menjimatkan kos kerajaan dan masa serta memudahkan rakyat untuk memgambil bahagian mengundi demi masa depan negara.

"Cadangan ini merupakan mekanisme yang selari dengan perkembangan arus politik dunia. Kita perlu mengambil langkah ke hadapan ini bagi memastikan negara turut berkembang seperti negara-negara demokrasi maju.

“Lihat sahaja negara Jerman, Perancis, Belgium dan Sweden yang telah melaksanakan polisi tersebut (daftar mengundi automatik).

"Begitu juga Amerika Syarikat yang telah mengambil langkah ke hadapan dalam perkara ini yang mana rang undang-undang Sistem Pendaftaran Pengundi Automatik telah diperkenalkan dan diluluskan termasuk di Oregon, California, West Virginia dan negeri-negeri yang lain,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Mohd Mazri berkata, langkah tersebut boleh dilaksanakan kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperkenalkan mekanisme atau sistem yang sesuai untuk merealisasikannya.

"Pendekatan (daftar automatik) ini mampu menyelesaikan masalah golongan muda yang layak tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi di negara ini.

“Secara teknikalnya pendaftaran pengundi automatik adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan segera,” katanya lagi.

Setakat September 2017, terdapat 3.6 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.

Daripada jumlah tersebut, dua pertiga atau kira-kira 2.5 juta terdiri daripada golongan muda yang berumur antara 21 hingga 30 tahun, "akhirinya. #PDO


Demikianlah Artikel BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik

Sekianlah artikel BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/bangsa-cadangkan-daftar-terus-pengundi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BANGSA Cadangkan, Daftar Terus Pengundi Layak Secara Automatik"

Catat Ulasan

Loading...