Loading...

BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula

Loading...
BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula
link : BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula

Baca juga


BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula


KUALA LUMPUR: Keputusan menaikkan had umur persaraan penjawat awam kepada 60 tahun oleh kerajaan sebelum ini dan permohonan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk melanjutkan lagi sehingga 62 tahun benar-benar menyesakkan lagi hidup generasi muda negara kini.

Had umur persaraan penjawat awam sudah tiga kali dinaikkan di mana pada tahun 2001 umur persaraan penjawat awam dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun.

Tujuh tahun kemudian pada tahun 2008, had umur ini dilanjutkan daripada 56 tahun kepada 58 tahun dan pada 2012 had umur persaraan ini sekali lagi dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Presiden Parti Anak Muda Melayu Kebangsaan (BANGSA), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant memandang serius isu berkenaan yang berlegar di kalangan anak muda langsung tidak dihiraukan malah mereka hanya sibuk mengisi 'tembolok' keinginan masing-masing.

Menurutnya, walau apa jua alasan yang diberikan, perhatian sewajarnya diberikan kepada keperluan generasi muda malah lebih penting memikirkan kesan rantaian kenaikan had umur persaraan terutamanya terhadap kelumpuhan pasaran tenaga kerja.

"Tidakkah kerajaan nampak bahawa tindakan menyetujuinya (lanjut had umur) hanya akan menyebabkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor awam tertangguh (beku) atau seterusnya tertutup?, "soalnya.

"Ini bukan lagi zaman 70, 80-an di mana tawaran kerja lebih banyak daripada bakal pekerja. Ketika itu ramai pelajar universiti sudah ditawarkan kerja walaupun mereka masih belum menamatkan pengajian. Lulusan universiti, kolej atau sekolah menengah memang mudah mendapat kerja.

"Tapi senario kini sudah jauh berlainan. Jumlah pencari kerja pula jauh lebih ramai daripada tawaran kerja. Setiap tahun universiti awam dan swasta melahirkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang dan jumlah ini terus bertambah saban tahun," katanya ketika dihubungi pemberita di sini'

Syed Faiz berkata, anak muda menjadi penganggur terhormat di dalam negara sendiri, malah lebih merugikan apabila mereka yang pakar dalam sesuatu bidang lebih berminat berkhidmat di luar negara berbanding di negara sendiri kerana 'karenah-karenah' yang diwujudkan selain gaji ditawarkan jauh lebih tinggi.

"Mereka juga mahu berumahtangga, membina kerjaya, kehidupan serta memiliki harta seperti kereta dan rumah sendiri. "Tapi jika keadaan ini berterusan nampaknya mereka hanya mampu terus bermimpi 'atas katil' sambil melihat realiti warga emas kekal bekerja, mungkin mereka benar-benar bekerja dan mungkin juga mereka hanya menjadi entiti yang tidak lagi berfungsi malah sudah tidak memberi banyak sumbangan dan tidak produktif. Mereka sekadar datang bekerja dan menerima gaji.

"Kerajaan perlu bertegas menetapkan umur persaraan yang tepat dan bersesuaian seperti pada umur 55 tahun. Jangan hanya memikirkan permintaan mereka tetapi fikirkan juga nasib generasi muda yang masih teraba-raba mencari kerja ini. Mereka tidak dapat masuk ke dalam pasaran kerja apatah lagi mahu menyumbang untuk pembangunan dan kemajuan negara.

Adalah lebih baik mereka yang telah mencapai taraf warga emas ini memberi laluan kepada tenaga kerja baharu yang lebih segar, aktif dan produktif. Tetapi berapa ramai yang sedia berbuat demikian jika mereka ada lesen untuk bekerja sehingga bergelar warga emas sedangkan ramai yang sedang berbaris menunggu untuk berkhidmat dalam sektor awam.

"Satu lagi, peningkatan pangkat dan kedudukan dalam kerjaya adalah impian setiap pekerja namun peluang mereka untuk meningkat juga terhad jika orang atasan masih enak duduk di kerusi masing-masing. Orang di bawah hanya boleh mengintai mereka yang di atas tetapi tidak mampu sampai ke tempat mereka.

"Jika kerajaan masih mahu menerima permintaan naik had umur persaraan ini, saya rasa lebih elok anak muda simpan sijil, ijazah segala kelulusan kemahiran yang ada dan tampillah memohon kerja apabila sudah berusia 60 tahun nanti. Mungkin peluang ketika itu lebih cerah," akhirinya. #PDO


Demikianlah Artikel BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula

Sekianlah artikel BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/bangsa-gesa-had-umur-bersara-penjawat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BANGSA Gesa Had Umur Bersara Penjawat Awam "Di kaji" Semula"

Catat Ulasan

Loading...