Loading...
Judul : BANGSA Sambut Baik Cadangan Turunkan "Had Umur" Pengundi
link : BANGSA Sambut Baik Cadangan Turunkan "Had Umur" Pengundi
BANGSA Sambut Baik Cadangan Turunkan "Had Umur" Pengundi
Menurutnya, setakat September 2017, terdapat 3.6 juta warganegara layak mengundi tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Sementara, 2.5 juta daripadanya adalah golongan anak muda berumur antara 21 hingga 30 tahun.
Sebagaimana yang kita ketahui, hak seseorang warganegara mengundi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan, seorang warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun, bermastautin di sesuatu kawasan pilihan raya pada tarikh kelayakan dan sudah didaftarkan dalam daftar pemilih, layak dan berhak mengundi dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
"Statitik dikeluarkan sebelum ini menyatakan bahawa sebanyak 1.5 juta rakyat Malaysia yang sudah dewasa tidak boleh mengundi kerana mereka belum mencapai umur 21 tahun.
"Jesteru, cadangan berkenaan memberi peluang kepada golongan anak muda untuk bersama-sama membuat pemilihan dan keputusan terbaik demi masa depan negara.
"BANGSA juga turut komited mahu menjadikan inisiatif ini sebahagian daripada perjuangan kami selaras dengan perjuangan parti yang benar-benar membawa suara anak muda.
"Kita perlu sedar bahawa kebenaran mengundi semasa pilihan raya memberi peluang kepada anak muda terlibat secara langsung dengan proses politik dan demokrasi negara.
"Ia dibuktikan melalui kesedaran politik yang kuat ditunjukkan oleh pengundi muda pada Pilihan Raya Umum ke-14, bulan lalu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.
Syed Faiz berkata, amalan membuang undi itu adalah suatu amalan demokrasi yang penting di mana kuasa rakyat menentukan siapa yang akan mewakili kawasan tersebut di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri.
"Ia juga boleh menentukan siapa yang memegang tampuk kuasa di peringkat Persekutuan dan negeri.
Secara peribadi, rakyat yang telah berusia 18 tahun sudah dikira dewasa kerana sudah boleh bekerja, diambilkira kelayakan dalam perjanjian, berkahwin dan juga memiliki lesen memandu.
"Tidak adil jika mereka dihalang mengundi semasa pilihan raya untuk menentukan siapa yang akan mewakili mereka di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
"Jika mahu pertikai mengenai kematangan, mereka perlu sedar bahawa tahap kematangan adalah sesuatu perkara yang berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.
Amalan mengundi secara asasnya tidak meletakkan aras kematangan seseorang itu sebagai suatu syarat, asalkan orang itu waras dan faham apa yang dilakukan.
Kebanyakan negara dalam dunia ini meletakkan umur 18 tahun sebagai umur layak mengundi termasuklah negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, India dan Iran.
Malahan, jiran kita Thailand, Filipina dan Indonesia juga membenarkan warganegara yang berumur 18 tahun untuk mengundi.
Setiap parti politik juga wajar menjadikan inisiatif ini sebahagian daripada perjuangan mereka, sekiranya mereka benar-benar membawa suara anak muda.
Anak muda yang sudah dewasa wajar diberi ruang dan peluang untuk terlibat dalam menentukan hala tuju negara melalui proses politik, "akhirinya. #PDO
Demikianlah Artikel BANGSA Sambut Baik Cadangan Turunkan "Had Umur" Pengundi
Sekianlah artikel BANGSA Sambut Baik Cadangan Turunkan "Had Umur" Pengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BANGSA Sambut Baik Cadangan Turunkan "Had Umur" Pengundi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/bangsa-sambut-baik-cadangan-turunkan.html
0 Response to "BANGSA Sambut Baik Cadangan Turunkan "Had Umur" Pengundi"
Catat Ulasan