Loading...

BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah

Loading...
BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah
link : BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah

Baca juga


BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah


KUALA LUMPUR: Kenyataan calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Tengku Hamzah berkenaan survival UMNO amat bergantung pada sokongan anak muda dipersetujui Parti Anak Muda Melayu Kebangsaan (BANGSA).

Timbalan Presiden BANGSA, Haslihelmy DM Dato' Zulhasli berkata, kenyataan veteran UMNO itu berkenaan parti berusia 71 tahun itu tidak mungkin bangkit dan menebus kekalahan teruk yang dialaminya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekiranya parti itu gagal menarik sokongan serta kepercayaan generasi muda di negara ini adalah tepat.

Menurutnya, sokongan dan kepercayaan generasi muda amat penting kerana merekalah yang akan membentuk kumpulan pengundi pada masa hadapan seterusnya menjadi penentu negara pada masa akan datang.

"Ia seharusnya disedari bukan sahaja oleh UMNO tetapi setiap parti dan individu yang mahu bertanding pada masa akan datang. Golongan muda bakal menjadi pemegang tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang dan bilangan mereka (pengundi muda) kini semakin bertambah. "itu adalah satu kenyataan bukan sekadar omong kosong.

"Sindrom penafian yang masih ada berkenaan kuasa anak muda seharusnya dihapuskan dan mula memberi perhatian kepada golongan ini yang memiliki tenaga, keupayaan, idea serta mampu bertindak agresif terhadap sesuatu usaha," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Haslihelmy berkata, anak muda kini lebih bijak menilai dan sudah pasti mereka mahu parti yang dapat membawa suara dan pandangan mereka, bukan yang memandang remeh serta memperlekehkan anak muda.

"Bukti sudah jelas. Lihat sahaja PRU14, generasi muda sudah mula memahami peranan masing-masing dan mereka mahu suara mereka didengar. Bukan hanya menurut kata orang yang hanya memikirkan cara untuk mempertahankan ego, kuasa dan kedudukan mereka.

"Jadi, itulah (kekalahan) bukti yang nyata. Semua perlu buka mata, buka minda dengan situasi semasa. Bukan masih berada di takuk lama. "Bayangkan kuasa yang dipegang sekian lama boleh musnah dalam masa satu hari (mengundi), apatah lagi kerajaan baru memerintah sebulan dua.

"Jika mereka (kerajaan baru) juga tidak mahu mendengar keluhan dan pendapat anak muda, sudah pasti mereka juga akan 'dihumban' ke bawah dan tidak mampu lagi gah memerintah seperti apa yang diperoleh hari ini," akhirinya. #PDO


Demikianlah Artikel BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah

Sekianlah artikel BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/bangsa-setuju-pandangan-ku-li-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BANGSA 'Setuju' Pandangan Ku Li, Tiada Sokongan Anak Muda Punca Kalah"

Catat Ulasan

Loading...