Loading...
Judul : Bekas MB Terengganu, Ahmad Said Ke SPRM Bantu Siasatan 1MDB
link : Bekas MB Terengganu, Ahmad Said Ke SPRM Bantu Siasatan 1MDB
Bekas MB Terengganu, Ahmad Said Ke SPRM Bantu Siasatan 1MDB
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini memberi keterangan secara sukarela bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung syarikat pelaburan strategik 1MDB.
Beliau tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi dengan kereta Audi dan ditemani seorang lelaki yang merupakan ahli keluarganya.
Mei lalu, ADUN Kijal itu menyuarakan kesediaan untuk memberi keterangan berhubung kes dikaitkan dengan dakwaan salah laku membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
1MDB bermula sebagai Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA), iaitu sebuah tabung kekayaan berdaulat bertujuan memberi pembangunan ekonomi kepada Terengganu untuk jangka panjang dan melestarikan sosio ekonomi rakyat negeri itu secara amnya.
Ia ditubuhkan pada 2008 dan kemudiannya bertukar taraf kepada koperasi perbadanan diberi nama 1MDB pada Januari 2009. #sumber
Demikianlah Artikel Bekas MB Terengganu, Ahmad Said Ke SPRM Bantu Siasatan 1MDB
Sekianlah artikel Bekas MB Terengganu, Ahmad Said Ke SPRM Bantu Siasatan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas MB Terengganu, Ahmad Said Ke SPRM Bantu Siasatan 1MDB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/bekas-mb-terengganu-ahmad-said-ke-sprm.html
0 Response to "Bekas MB Terengganu, Ahmad Said Ke SPRM Bantu Siasatan 1MDB"
Catat Ulasan