Loading...
Judul : Bekas Penulis Ucapan Untuk Anwar Buat Tuntutan Bersihkan Nama
link : Bekas Penulis Ucapan Untuk Anwar Buat Tuntutan Bersihkan Nama
Bekas Penulis Ucapan Untuk Anwar Buat Tuntutan Bersihkan Nama
PETALING JAYA: Bekas penulis ucapan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Munawar Anees Ahmad membuat tuntutan baru untuk membersihkan namanya atas pengakuan yang didakwa palsu yang digunakan pada 1998 untuk mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu dengan liwat.
Munawar membuat tuntutan ini memandangkan pengampunan penuh dan pembebasan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bulan lepas.
Peguamnya, Manjeet Singh Dhillon berkata satu writ akan dibuat di Mahkamah Tinggi minggu ini meminta ganti rugi untuk kehidupan yang terjejas sejak 20 tahun lalu akibat pemenjaraan, penyeksaan dan penderaan.
Sebagai alternatif, Munawar meminta satu perbicaraan baru di mana pihak pendakwaraya boleh membentangkan semua bukti-bukti yang ada.
Manjeet berkata tujuan perbicaraan itu untuk mengetepikan pensabitan “palsu”.
Beliau sudah menyampikan penyelesaian anak guamnya ini kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan peguam Anwar tetapi belum ada respons.
“Anak guam mengarahkan saya mendapatkan remedi melalui melalui mahkamah. Munawar mahu gunakan proses undang-undang untuk buktikan dia tak bersalah,” katanya.
Pada September 1998, Munawar mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen kerana membenarkan Anwar meliwatnya di satu kondominium di Bukit Damansara pada Mac 1993.
Dia dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan kemudian dia meninggalkan Malaysia.
Manjeet, dalam prosiding sivil pada 2011, memberitahu mahkamah bahawa Munawar dipaksa memalsukan bukti terhadap Anwar berkaitan liwat.
“Mereka mahu Munawar membabitkan Anwar dalam meliwat dan diliwat. Mereka mahu dia berbohong,” katanya.
Munawar, seorang sarjana yang dikenali dunia dalam pelbagai bidang termasuk ketamadunan Islam, ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 14 September 1998.
Dia tidak berkomunikasi dengan dunia luar sehinggalah dia dibawa ke mahkamah dan mengaku bersalah diliwat Anwar.
Bagaimanapun, dia kemudian membuat afidavit di mahkamah menceritakan secara terperinci tentang penyeksaan yang dialaminya.
Pada 2003, Mahkamah Tinggi mengetepikan rayuan Munawar kerana dia tidak tampil ke mahkamah. Mahkamah Rayuan mengekalkan pensabitan dan hukuman pada 2007.
Munawar cuba membawa kesnya ke Mahkamah Persekutuan pada 2008 tetapi diketepikan atas alasan mahkamah agung itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang bermula di Mahkamah Sesyen.
Dia kemudian kembali ke Mahkamah Rayuan dan memohon satu semakan ke atas keputusan 2007 itu tetapi gagal.
Pada 16 Mei tahun ini, Anwar diberi pengampunan diraja penuh dan tanpa syarat, bermakna semua rekod jenayah lampau dipadamkan dan dia boleh kembali aktif berpolitik serta merta.
Ketua umum Pakatan Harapan itu berkata dia diampunkan bukan kerana dia sudah melakukan jenayah.
“Saya nak jelaskan 1 perkara tentang kebebasan ini, iaitu kita tidak memohon keampunan kerana kesalahan disabitkan. Kita tuntut kebebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut sebagai perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan,” katanya.
Anwar dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara atas salah guna kuasa pada 1999 dan sudah menjalani tempoh pemenjaraannya. Mahkamah Persekutuan mengetepikan pensabitan liwat ke atas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar, pada 2004.
Pada awal 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar atas salahlaku seksual melibatkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada Jun 2008. #sumber
Demikianlah Artikel Bekas Penulis Ucapan Untuk Anwar Buat Tuntutan Bersihkan Nama
Sekianlah artikel Bekas Penulis Ucapan Untuk Anwar Buat Tuntutan Bersihkan Nama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas Penulis Ucapan Untuk Anwar Buat Tuntutan Bersihkan Nama dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/bekas-penulis-ucapan-untuk-anwar-buat.html
0 Response to "Bekas Penulis Ucapan Untuk Anwar Buat Tuntutan Bersihkan Nama"
Catat Ulasan