Loading...

Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran

Loading...
Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran
link : Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran

Baca juga


Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran


MARAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran yang baharu selepas memperoleh 367 undi, menewaskan penyandang Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib pada Mesyuarat UMNO bahagian itu, di sini, hari ini.
Kemenangan itu juga menyaksikan Shahaniza, 48, muncul sebagai Ketua UMNO Bahagian wanita pertama di negeri ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang sebelum ini adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, beliau mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) mendapat 5,541 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fazil Azmi Nadzri dan calon PKR, Bostamin Bakar.
Ismail, 64, pula mengekalkan kerusi Parlimen Maran disandangnya sejak empat penggal lalu itu pada PRU-14 selepas menewaskan calon PAS, Hasenan Haron dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Farid Ahmad Nordin dengan majoriti 3,763 undi. #sumber


Demikianlah Artikel Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran

Sekianlah artikel Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/datuk-shahaniza-shamsuddin-menang-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Datuk Shahaniza Shamsuddin Menang Ketua UMNO Bahagian Maran"

Catat Ulasan

Loading...