Loading...
Judul : Dr Asyraf Wajdi: Kerajaan Pakatan Harapan Gagal Tunai Janji Kepada Pengundi Muda
link : Dr Asyraf Wajdi: Kerajaan Pakatan Harapan Gagal Tunai Janji Kepada Pengundi Muda
Dr Asyraf Wajdi: Kerajaan Pakatan Harapan Gagal Tunai Janji Kepada Pengundi Muda
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, janji yang ditawarkan menerusi manisfeto itu menyebabkan majoriti pengundi muda terpedaya untuk melihat perubahan dalam pentadbiran negara.
Menurutnya, kegagalan memansuhkan bayaran Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPN), memansuhkan bayaran tol dan menurunkan kadar harga minyak dengan tampungan subsidi kerajaan menyebabkan sebilangan besar pengundi muda kesal tersilap memberi mandat.
"Banyak tuntutan dan perubahan yang dirancangkan termasuk tidak menghormati penggunaan Bahasa Kebangsaaan dalam urusan rasmi kerajaan dan lain-lain perubahan perlu menjadi titik kesedaran kepada rakyat.
"Kita khuatir kepimpinan negara hanya menjadi kuda tunggangan pihak tertentu untuk merealisasikan impian dan perjuangan politik mereka termasuk berusaha mengubah perlembangaan yang tidak serasi dengan selera mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Kompleks UMNO Uthmaniyah Pulau Lima, di sini hari ini.
Pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandangnya, Datuk Zawawi Othman dicabar Mohd. Agil Awang dan bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Muhammad Yusri Ismail.
Manakala Asyraf menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian berkenaan.
Asyraf berkata, UMNO masih releven dalam arena politik negara kerana perjuangannya yang membawa denyut nadi rakyat sekali pun mendapat kekangan kerajaan baharu.
"Kita menghormati keputusan rakyat dan sedar kuasa kerajaan adalah pilihan rakyat sendiri. UMNO akan mengorak langkah baharu sebagai pembangkang yang kuat dan tegas.
"Manakala rakyat perlu menilai kembali tekanan, kekangan dan janji-janji yang gagal ditunaikan oleh kerajaan semasa dalam skop yang global dan seharusnya tidak tersilap pilih kerajaan pada masa akan datang," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Dr Asyraf Wajdi: Kerajaan Pakatan Harapan Gagal Tunai Janji Kepada Pengundi Muda
Sekianlah artikel Dr Asyraf Wajdi: Kerajaan Pakatan Harapan Gagal Tunai Janji Kepada Pengundi Muda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr Asyraf Wajdi: Kerajaan Pakatan Harapan Gagal Tunai Janji Kepada Pengundi Muda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/dr-asyraf-wajdi-kerajaan-pakatan.html
0 Response to "Dr Asyraf Wajdi: Kerajaan Pakatan Harapan Gagal Tunai Janji Kepada Pengundi Muda"
Catat Ulasan