Loading...
Judul : Dua Orang Penumpang MPV Maut, Dalam Kemalangan Awal Pagi Di LPT1 !
link : Dua Orang Penumpang MPV Maut, Dalam Kemalangan Awal Pagi Di LPT1 !
Dua Orang Penumpang MPV Maut, Dalam Kemalangan Awal Pagi Di LPT1 !
KUANTAN: Dua penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 233.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Kuantan di sini, tengah malam tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 12.05 tengah malam itu turut mencederakan enam yang lain manakala empat lagi dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Hamzah Hitam, 77, dan cucunya Muhammad Hairi Kosni, 18. Kedua-dua mangsa merupakan penumpang belakang MPV jenis Perodua Alza yang dipandu kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kosni Kamit, 54, yang turut cedera dalam nahas itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, isteri Kosni, Nor Haliza Hamzah, 50, luka di kepala dan cedera di beberapa bahagian badan, kakak iparnya, Nor Haslina, 52, cedera ringan dan seorang lagi anaknya, Muhammad Haziq, 24, patah peha kanan.
Menurutnya, pemandu sebuah lagi MPV Perodua Alza, Faiq Ibrahim, 28, isteri, Norhidayah Boriak,25, anak mereka, Muhammad Firash Nawfal, 6 bulan dan seorang penumpang, Mohd Firdaus, 28, (adik pemandu) dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar menerima rawatan ke hospital sama,"katanya.
Kamarulzaman berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika MPV dinaiki lima sekeluarga termasuk mangsa yang maut dari Rengit Johor itu dalam perjalanan menghala ke Kelantan.
Katanya, ketika sampai ditempat kejadian, pemandunya memperlahankan kenderaan sebelum dirempuh Toyota Hilux yang datang dari arah belakang.
"Akibat rempuhan kuat, MPV itu mengelongsor lalu melanggar sebuah lagi MPV yang berada di hadapan di lorong kiri jalan.
"Dua mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Kamarulzaman berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Orang Penumpang MPV Maut, Dalam Kemalangan Awal Pagi Di LPT1 !
Sekianlah artikel Dua Orang Penumpang MPV Maut, Dalam Kemalangan Awal Pagi Di LPT1 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Orang Penumpang MPV Maut, Dalam Kemalangan Awal Pagi Di LPT1 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/dua-orang-penumpang-mpv-maut-dalam.html
0 Response to "Dua Orang Penumpang MPV Maut, Dalam Kemalangan Awal Pagi Di LPT1 !"
Catat Ulasan