Loading...

Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX

Loading...
Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX
link : Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX

Baca juga


Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk menyuntik RM2.8 bilion bagi projek Tun Razak Exchange (TRX) bagi mengelakkan pampasan sebanyak RM3.51 bilion jika mengabaikan projek mega itu.

Menurutnya, pengabaian projek itu juga akan mengakibatkan kesukaran sekiranya terbiar di tengah-tengah Kuala Lumpur.

“Secara keseluruhan, kerajaan persekutuan perlu mengeluarkan kos sebanyak RM6.5 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Guan Eng mendedahkan, sebanyak RM2.8 bilion tambahan itu disuntik ke atas lebih RM3,688 juta yang dipindahkan oleh kerajaan persekutuan kepada pemilik projek TRX City Sdn Bhd (TRXC) sejak 2012.

“Daripada jumlah RM3,688 juta tersebut, RM3,067 juta telah diselewengkan oleh 1MDB dan sebahagian besarnya digunakan untuk membayar hutang.

“Ini telah mengakibatkan TRXC kekurangan dana untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai pemaju induk projek TRX,” jelas beliau.

Penyiapan projek TRX tersebut jelasnya akan membolehkan nilai penuh projek sekurang-kurangnya RM7.6 bilion untuk direalisasikan dan akan membantu mendapatkan semula dan membayar balik pinjaman TRXC, termasuk jumlah yang disalahgunakan oleh 1MDB.

Beliau turut menegaskan, Kementarian Kewangan akan memastikan bahawa suntikan dana terbaharu ini akan dibelanjakan secara berhemat dan kepentingan pembayar cukai serta kepentingan pelabur terus dibela. #sumber


Demikianlah Artikel Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX

Sekianlah artikel Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/elak-kerugian-kerajaan-suntik-rm28.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Elak Kerugian: Kerajaan "Suntik" RM2.8 Bilion Teruskan Projek TRX"

Catat Ulasan

Loading...