Loading...
Judul : Harga Minyak RON97 Naik Kepada RM2.66, RON95 & Diesel Kekal
link : Harga Minyak RON97 Naik Kepada RM2.66, RON95 & Diesel Kekal
Harga Minyak RON97 Naik Kepada RM2.66, RON95 & Diesel Kekal
PUTRAJAYA: Kerajaan telah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga RON97 pula mula diapungkan pada harga RM2.66 seliter mulai hari ini sehingga 13 Jun depan dan diselaraskan setiap minggu.
"Berdasarkan kepada purata harga minyak mentah dunia yang kini telah mencecah AS76 (RM302) setong dan harga produk petrol serta diesel yang ditapis antara AS87 (RM345.80) hingga AS88 (RM349.77) setong, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel.
"Ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), harga RON95 dan diesel akan meningkat kepada masing-masing RM2.53 dan RM2.51 masing-masing seliter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, kerajaan juga telah memperuntukkan RM3 bilion sehingga hujung tahun 2018 untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel. #sumber
Demikianlah Artikel Harga Minyak RON97 Naik Kepada RM2.66, RON95 & Diesel Kekal
Sekianlah artikel Harga Minyak RON97 Naik Kepada RM2.66, RON95 & Diesel Kekal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Harga Minyak RON97 Naik Kepada RM2.66, RON95 & Diesel Kekal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/harga-minyak-ron97-naik-kepada-rm266.html
0 Response to "Harga Minyak RON97 Naik Kepada RM2.66, RON95 & Diesel Kekal"
Catat Ulasan