Loading...

Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP?

Loading...
Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP?
link : Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP?

Baca juga


Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP?


MARAN: Isu air yang melanda sebahagian penduduk Felda Jengka 7 dekat sini sejak beberapa hari lalu ternyata masih gagal di atasi.

Lebih memusykilkan, tangki air yang sudah beberapa tahun siap dengan kos jutaan ringgit yang kononnya akan menyelesaikan masalah air di sini tidak menjadi kenyataan.

Rata-rata netizen terkejut dengan apa yang berlaku. Berbagai komen dan rungutan di lontarkan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), yang bertanggungjawab dalam hal ini.


Isu air yang sudah puluhan tahun berlaku itu menjadi semakin parah sekarang ini. Ada kawasan yang ketiadaan air beberapa hari sebelum satu syawal hingga menyukarkan penduduk membuat persiapan hari raya.



Ini menyebabkan ahli keluarga yang mahu pulang beraya bersama ibubapa juga trauma.

Mengulas perkara ini, Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli menegaskan beliau cukup sedih dan kasihan melihat senario yang berlaku ini.


"Saya sangka dengan adanya tangki air baru yang dibina di Jengka 7, isu air akan selesai seperti dijanjikan. Namun, sebaliknya pula yang berlaku.. Isu air tak berubah, malah lebih parah hingga mengganggu kemeriahan Aidil Fitri sebahagian penduduk di Jengka 7", katanya.


Beliau turut menggesa pihak PAIP melaporkan dengan telus status tangki air yang sudah beberapa tahun di siapkan itu.


"Dengan kos jutaan ringgit dan janji ia dapat selesaikan isu air, namun masalah yang dihadapi penduduk sejak berpuluh tahun itu tetap terjadi.. malah lebih teruk kali ini", tambah Shukri.


Menurut Shukri lagu, beliau mendapat aduan daripada ramai pihak termasuk penduduk tempatan sendiri yang mendakwa tangki air tidak beroperasi sepenuhnya.


"Apakah benar dakwaan itu?. Ada kes petugas PAS memanjat tangki untuk pacak bendera ketika kempen PRU14 lalu dan melihat sendiri tangki tiada air.  hanya ada sedikit saja sebagai syarat. Mereka diarahkan menurunkan semula bendera PAS oleh pihak PAIP selepas itu atas arahan pihak atasan. Sebab itu cerita tentang tangki tidak berfungsi tersebar dikalangan penduduk setempat", tambah beliau lagi.


Shukri menggesa pihak PAIP nyatakan status tangki air tersebut demi tidak menimbulkan fitnah oleh semua pihak.


"Jika benar tangki tak berfungsi, akui dan cari jalan untuk atasi masalah. Jangan tipu penduduk... bukti jelas isu air tak juga selesai walau pun tangki bernilai jutaan ringgit itu sudah terpacak sekian lama", dakwa Shukri lagi.

Shukri turut mengucapkan tahniah kepada pihak PAIP Maran yang terpaksa turun padang bertungkus lumus untuk menghantar bekalan air ke lokasi-lokasi yang terjejas Jengka 7, namun ianya tidak berbaloi kerana tetap menyusahkan semua pihak.

"Kita difahamkan, Loji Air Jengka 3-7 sudah dinaiktaraf sebelum ini, malah dilaporkan juga saluran paip itu sendiri sudah dibuat penambahbaikan namun agak hairan isu air yang sudah sekian lama melanda masih gagal di atasi dengan baik", tambahnya. #PDO


Demikianlah Artikel Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP?

Sekianlah artikel Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/isu-air-di-felda-jengka-7-masih-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Air Di Felda Jengka 7 Masih Gagal Atasi, Apa Status Tangki PAIP?"

Catat Ulasan

Loading...