Loading...

Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah

Loading...
Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah
link : Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah

Baca juga


Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin, memilih untuk berjiwa besar di sebalik kegagalannya dalam persaingan merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini.
Walaupun tewas, beliau melihat pertandingan itu sebagai satu keterbukaan baharu dalam UMNO yang menyaksikan jawatan tertinggi parti dipertandingkan secara demokratik.
Ahli Parlimen Rembau itu juga tidak kecewa dengan kekalahannya, sebaliknya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada sejarah apabila berpeluang bersaing dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tengku Razaleigh Hamzah merebut jawatan nombor satu dalam parti.
Saya mengucapkan tahniah kepada Ahmad Zahid kerana memenangi pertandingan ini dan setinggi tahniah juga kepada Tengku Razaleigh yang menawarkan kebijaksanaan serta pengalaman sebagai seorang negarawan.
"Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang memenangi jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya membanggakan warga Rembau dan orang Negeri Sembilan.
"Buat barisan jentera saya serta penyokong, jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan saya ucapkan kepada anda semua. Begitu juga dengan rakyat Malaysia secara keseluruhan yang mengikuti pemilihan UMNO ini dengan dekat.
"Terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat anda semua," katanya menerusi Facebook rasminya, malam ini.
Ahmad Zahid dipilih sebagai Presiden UMNO yang baharu selepas menewaskan Tengku Razaleigh dan Khairy serta dua calon lain dalam pertembungan lima penjuru merebut jawatan tertinggi parti.
Bagaimanapun, keputusan penuh jumlah undian diterima setiap calon belum diumumkan.
Khairy juga berharap Ahmad Zahid serta barisan kepemimpinan baharu UMNO dapat melaksanakan segala idea bernas yang dicadangkan dalam pemilihan berkenaan tanpa mengira siapa yang melontarkannya.
"Semoga perubahan yang akan kita laksanakan dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO," katanya.
Bekas Ketua Pemuda UMNO turut menyatakan komitmen untuk memberi fokus menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau serta wakil rakyat. #sumber


Demikianlah Artikel Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah

Sekianlah artikel Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/khairy-jamaluddin-saya-bangga-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khairy Jamaluddin: Saya Bangga Jadi Sebahagian Daripada Sejarah"

Catat Ulasan

Loading...