Loading...
Judul : Lelaki Di Tahan Perhilitan Pahang, Buru "Pelanduk" Secara Haram !
link : Lelaki Di Tahan Perhilitan Pahang, Buru "Pelanduk" Secara Haram !
Lelaki Di Tahan Perhilitan Pahang, Buru "Pelanduk" Secara Haram !
Pengarah Perhilitan Pahang Ahmad Azhar Mohammed berkata berdasarkan risikan, sepasukan enam anggota penguatkuasa Perhilitan Rompin melakukan serbuan pada 4.30 pagi dan berjaya menahan suspek yang berusia 34 tahun.
"Berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit masuk ke hutan berkenaan bersama dua lagi rakannya, namun mereka berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Berikutan penahanan itu, beliau berkata pihaknya merampas dua ekor pelanduk yang sudah mati, selaras senjata api buatan sendiri berserta sejumlah peluru, satu unit alat Sistem Kedudukan Global (GPS), sebilah parang dan lampu suluh,
Lelaki itu, katanya ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen (60 (1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana melakukan kegiatan memburu tanpa lesen sah.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. #sumber
Demikianlah Artikel Lelaki Di Tahan Perhilitan Pahang, Buru "Pelanduk" Secara Haram !
Sekianlah artikel Lelaki Di Tahan Perhilitan Pahang, Buru "Pelanduk" Secara Haram ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Di Tahan Perhilitan Pahang, Buru "Pelanduk" Secara Haram ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/lelaki-di-tahan-perhilitan-pahang-buru.html
0 Response to "Lelaki Di Tahan Perhilitan Pahang, Buru "Pelanduk" Secara Haram !"
Catat Ulasan