Loading...

Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan !

Loading...
Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan !
link : Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan !

Baca juga


Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan !


KUALA LUMPUR: Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang berkata pendedahan skandal penyelewengan dan salah laku kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu bukan menjadi satu kesalahan malah ia mampu diperbetulkan untuk membina Malaysia Baru.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng supaya lebih berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkannya.

“Saya percaya wujud keperluan untuk membina Malaysia baru, dan kita mesti boleh membetulkan kesilapan masa lalu.

“Apa yang lebih penting adalah kita perlu komited dan tidak sesekali bertoleransi dalam apa jua bentuk rasuah di negara ini.

“Malah, sepanjang karier politik saya selama 52 tahun, saya turut membongkar segala salah laku. Jadi, saya rasa tidak salah untuk berbuat demikian.

“Malaysiakini, (misalnya), akan mendedahkan ini jika mereka mempunyai maklumat, dan mereka (mungkin) menyalahkan menteri kerana menutupnya,” katanya.

Menghargai ‘teguran’ Anwar sebelum ini, Guan Eng dalam satu kenyataan berkata pembongkaran salah laku kerajaan terdahulu tetap akan didedahkan kepada umum.

Menurutnya, semua pendedahan skandal kewangan terutama 1MDB adalah atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar sendiri sedia maklum tentang perkara itu. #sumber


Demikianlah Artikel Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan !

Sekianlah artikel Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/lim-kit-siang-kerajaan-dedahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lim Kit Siang: Kerajaan Dedahkan 'Penyelewengan' Supaya Boleh Di Perbetulkan !"

Catat Ulasan

Loading...