Loading...
Judul : Mahathir Tidak Tahu Tentang Laporan Penglibatan Vincent Tan Dalam ECRL
link : Mahathir Tidak Tahu Tentang Laporan Penglibatan Vincent Tan Dalam ECRL
Mahathir Tidak Tahu Tentang Laporan Penglibatan Vincent Tan Dalam ECRL
"Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. Anda harus bertanya kepada Vincent Tan," kata beliau pada sidang media hari ini ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk meneruskan projek ECRL kerana penglibatan Vincent Tan.
Dr Mahathir berkata beliau 'ok' dengan rancangan untuk membina landasan kereta api tetapi menegaskan bahawa kosnya perlu dikurangkan dan sebab itulah kerajaan sedang merundingkan semula dengan kerajaan China mengenai perkara itu.
Beliau berkata terma-terma semasa yang dicapai oleh kerajaan sebelum ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia yang antara lain adakah pembayaran harus dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.
"Semua syarat ini perlu dirundingkan semula, dan jika kita memperoleh syarat yang lebih baik, sudah tentu kita akan meneruskannya tetapi kita berharap untuk mengurangkan banyak kos memandangkan banyak salahlaku telah dilakukan.
"Contohnya, meminjam RM55 bilion dari China, kita berpendapat ia tidak harus melibatkan kos yang begitu tinggi. Syarat itu ialah kontrak yang diberikan kepada syarikat dari China, menggunakan pekerjanya sendiri, membawa semuanya dari sana. Jadi apa yang Malaysia dapat. Kita mahu mendapatkan sesuatu untuk Malaysia," kata beliau.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang berunding dengan pemilik Proton supaya Malaysia menjadi pembekal untuk komponen keretanya.
"Kita mahu mencuba dan mempunyai pembekal tempatan membekalkan komponen dan juga mungkin mengadakan usahasama," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan wakil Geely minggu lepas.
Mengenai komen beliau baru-baru ini yang membayangkan untuk mengkaji semula perjanjian air Malaysia dengan Singapura, Dr Mahathir berkata ia bukan perkara yang perlu disegerakan kerana kerajaan harus memberi perhatian kepada isu-isu lain untuk diselesaikan buat masa ini. #sumber
Demikianlah Artikel Mahathir Tidak Tahu Tentang Laporan Penglibatan Vincent Tan Dalam ECRL
Sekianlah artikel Mahathir Tidak Tahu Tentang Laporan Penglibatan Vincent Tan Dalam ECRL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahathir Tidak Tahu Tentang Laporan Penglibatan Vincent Tan Dalam ECRL dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/mahathir-tidak-tahu-tentang-laporan.html
0 Response to "Mahathir Tidak Tahu Tentang Laporan Penglibatan Vincent Tan Dalam ECRL"
Catat Ulasan