Loading...

Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri !

Loading...
Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri !
link : Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri !

Baca juga


Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri !


PETALING JAYA: Polis hari ini mendapat waran tangkap terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos atas kesalahan melarikan diri daripada tahanan sah minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, waran tangkap itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Ampang selepas polis memberi masa secukupnya kepada Jamal untuk menyerah diri di balai polis bagi membantu siasatan beberapa kes.

“Pihak polis telahpun memohon untuk mendapatkan waran tangkap terhadap beliau atas kesalahan di bawah Seksyen 244 Kanun Keseksaan, iaitu melarikan diri daripada tahanan sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fuzi turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai Jamal di balai polis berdekatan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk memburu Jamal yang dikatakan melarikan diri ke negara jiran itu.

Beliau turut menolak rayuan Jamal meminta perlindungan daripada polis.

Rabu lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, polis masih menyiasat baki 6 kes berkaitan Jamal, selain pendakwaan 3 kes lain yang dibuat di Hospital Pakar Ampang Puteri, 25 Mei lalu.

Dalam satu rakaman video lebih 7 minit, Jamal memohon Muhyiddin memberi perlindungan kepadanya.

Katanya, antara sebab beliau gagal tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kerana bimbang dengan keselamatan dirinya. #sumber


Demikianlah Artikel Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri !

Sekianlah artikel Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/mahkamah-keluar-waran-tangkap-jamal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Keluar Waran Tangkap 'Jamal Yunos' Kerana Larikan Diri !"

Catat Ulasan

Loading...