Loading...
Judul : Mukhriz: Isu 'Perlantikan' Speaker DUN Akan Selesai Tidak Lama Lagi
link : Mukhriz: Isu 'Perlantikan' Speaker DUN Akan Selesai Tidak Lama Lagi
Mukhriz: Isu 'Perlantikan' Speaker DUN Akan Selesai Tidak Lama Lagi
PETALING JAYA: Pakatan Harapan Kedah yakin soal pelantikan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dapat di selesaikan secepat mungkin memandangkan pakatan itu kini sedang berunding dengan pihak pembangkang di negeri itu kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Beliau berkata sidang pertama DUN dirancang untuk diadakan pada 1 Julai.
"Sekarang kita dalam peringkat memujuk (pihak pembangkang) dan pujukan kami itu diterima baik oleh sesetengah pihak."
"Kita merancang untuk mengadakan persidangan pertama DUN pada 1 Julai. Jadi sebelum itu kita perlu menyelesaikan beberapa perkara dan saya rasa segala-galanya berjalan lancar. Saya tidak bimbang sangat tentang perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.
Kerajaan negeri belum membuat keputusan mengenai jawatan Speaker DUN kerana ia memerlukan konsensus semua pihak yang terbabit.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan menang 18 daripada 36 kerusi DUN Kedah , PAS (15) dan BN (3). #sumber
Demikianlah Artikel Mukhriz: Isu 'Perlantikan' Speaker DUN Akan Selesai Tidak Lama Lagi
Sekianlah artikel Mukhriz: Isu 'Perlantikan' Speaker DUN Akan Selesai Tidak Lama Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mukhriz: Isu 'Perlantikan' Speaker DUN Akan Selesai Tidak Lama Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/mukhriz-isu-perlantikan-speaker-dun.html
0 Response to "Mukhriz: Isu 'Perlantikan' Speaker DUN Akan Selesai Tidak Lama Lagi"
Catat Ulasan