Loading...
Judul : Pelaburan Emas Tipu Lesap, Guru Kerugian RM45,000 Di Kuantan !
link : Pelaburan Emas Tipu Lesap, Guru Kerugian RM45,000 Di Kuantan !
Pelaburan Emas Tipu Lesap, Guru Kerugian RM45,000 Di Kuantan !
KUANTAN: Wang hangus, pelaburan lesap. Itu nasib seorang guru yang kerugian RM45,000 selepas diperdayakan untuk menyertai pelaburan emas empat tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 33 tahun itu membuat laporan polis semalam, selepas tidak menerima pulangan yang dijanjikan.
Mohd Wazir menambah, mangsa mendakwa tertarik untuk menyertai pelaburan emas 'Terima Emas Berdiskaun' yang diperkenalkan oleh seorang lelaki dikenali sebagai 'Mohd Faizal' dengan jaminan pulangan dividen berjumlah RM4,000 sebulan.
"Bagi tujuan itu, mangsa telah memasukkan wang sebanyak RM65,000 ke dalam akaun suspek pada 17 Jun 2014 sebelum menerima semula pulangan wang sebanyak RM20,000, dengan bayaran terakhir dibuat pada Ogos 2015.
"Pada September 2015, suspek didakwa memberitahu mangsa bahawa dia mempunyai masalah kewangan dan akan cuba untuk membuat bayaran secepat mungkin, namun mangsa tidak menerima apa-apa pulangan sehingga hari ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Pelaburan Emas Tipu Lesap, Guru Kerugian RM45,000 Di Kuantan !
Sekianlah artikel Pelaburan Emas Tipu Lesap, Guru Kerugian RM45,000 Di Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelaburan Emas Tipu Lesap, Guru Kerugian RM45,000 Di Kuantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/pelaburan-emas-tipu-lesap-guru-kerugian.html
0 Response to "Pelaburan Emas Tipu Lesap, Guru Kerugian RM45,000 Di Kuantan !"
Catat Ulasan