Loading...
Judul : Pelawak Vateran A.R Badul Terima Lantikan Jadi 'Ahli Kehormat' KDPJ Hari Ini
link : Pelawak Vateran A.R Badul Terima Lantikan Jadi 'Ahli Kehormat' KDPJ Hari Ini
Pelawak Vateran A.R Badul Terima Lantikan Jadi 'Ahli Kehormat' KDPJ Hari Ini
Beliau (A.R Badul) merupakan anak kepada seniman Allahyarham A.R Tompel. Sinonim dengan karaktor bersahaja yang mencuit hati sesiapa didampinginya. A.R Badul merupakan antara produk terbaik Malaysia yang dikenali dan karyanya masih diingati sehingga kini.
"Perlantikan ini adalah atas jasa dan sumbangan beliau ke atas kelab kami," jelas Presiden KDPJ, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant kepada pemberita.
Sementara itu, A.R Badul ketika ucapan balasnya, menzahirkan rasa terima kasih atas lantikan dan penghargaan tersebut.
"Hari ini Syawal kedua, saya rasa sangat bertuah dan teruja menerima watikah ini. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, "kalau 'hensem' itu salah, maafkan saya", katanya berseloroh.
"Secara peribadi saya sudah mengenali dia (Syed Faiz) sejak 10 tahun lalu, bagi saya ini merupakan sesuatu yang sangat berharga secara langsung saya berpeluang menyumbang khidmat pada masyarakat," katanya.
Dalam pada itu, jelas A.R Badul, beliau akan memberi komitmen yang tinggi untuk membantu kelab itu dalam berkongsi idea dan pengalaman.
"Saya akan beri sokongan berterusan dan akan mengembangkan pengaruh kelab kepada kenalan artis dan menarik penyertaan mereka (golongan artis) lebih ramai lagi termasuk memberi pandangan dan nasihat berhubung dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti seni dan kebudayaan KDPJ," katanya lagi.
KDPJ kini sentiasa aktif dalam kerja kemasyarakatan di sekitar DUN ini. #PDO
Demikianlah Artikel Pelawak Vateran A.R Badul Terima Lantikan Jadi 'Ahli Kehormat' KDPJ Hari Ini
Sekianlah artikel Pelawak Vateran A.R Badul Terima Lantikan Jadi 'Ahli Kehormat' KDPJ Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelawak Vateran A.R Badul Terima Lantikan Jadi 'Ahli Kehormat' KDPJ Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/pelawak-vateran-ar-badul-terima.html

0 Response to "Pelawak Vateran A.R Badul Terima Lantikan Jadi 'Ahli Kehormat' KDPJ Hari Ini"
Catat Ulasan