Loading...
Judul : Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Di Temerloh Di Reman Empat Hari
link : Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Di Temerloh Di Reman Empat Hari
Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Di Temerloh Di Reman Empat Hari
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh kira-kira jam 9.30 pagi.
Penolong Pendaftar, Norita Md Noh menerima permohonan reman berkenaan bagi membantu siasatan pihak polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood, suspek berusia 31 tahun itu ditahan selepas menyerah diri jam 1.40 petang semalam.
Sebelum itu, suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan dipercayai melarikan diri selepas kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.14 pagi semalam, suspek yang memandu sebuah treler membawa muatan kertas hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
Kejadian berlaku di KM149 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Batu 7, Temerloh.
Susulan itu, treler terbabit telah merempuh dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan pelbagai guna MPV jenis Proton Exora dinaiki 8 sekeluarga dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki dua orang.
Dua beradik yang juga penumpang Proton Exora maut di tempat kejadian.
Mangsa terbabit ialah Khasrul Haizal Mohd Yusof, 20, dan Khasrul Ikhwan, 18.
Seorang lagi yang maut ialah pemandu Hilux, Chua Juh Shyon, 37. #sumber
Demikianlah Artikel Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Di Temerloh Di Reman Empat Hari
Sekianlah artikel Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Di Temerloh Di Reman Empat Hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Di Temerloh Di Reman Empat Hari dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/pemandu-treler-terlibat-kemalangan-di.html
0 Response to "Pemandu Treler Terlibat Kemalangan Di Temerloh Di Reman Empat Hari"
Catat Ulasan