Loading...
Judul : Pemilihan: Pahang Terima Lima Ketua UMNO Bahagian Baharu
link : Pemilihan: Pahang Terima Lima Ketua UMNO Bahagian Baharu
Pemilihan: Pahang Terima Lima Ketua UMNO Bahagian Baharu
KUANTAN: Keputusan semasa pemilihan UMNO menyaksikan sekurang-kurangnya lima muka baharu termasuk seorang menang tanpa bertanding dipilih mengetuai bahagian-bahagian UMNO di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut selepas penyandangnya, Datuk Ahmad Nazlan Idris tidak mempertahankan jawatan berkenaan.
Muka baharu lain yang menang jawatan ketua bahagian UMNO bagi penggal 2018-2021 ialah Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang membuat kemunculan semula apabila memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Seri Ab. Hamid Nazahar (Kuantan)' Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (Maran) dan Datuk Abdul Aziz Mat Kiram (Raub).
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob pula mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bentong yang disandangnya selama 31 tahun.
Sementara itu, enam penyandang ketua bahagian UMNO di negeri ini menang tanpa bertanding iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Cameron Highlands), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera), Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis) dan Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin (Temerloh). #sumber

Demikianlah Artikel Pemilihan: Pahang Terima Lima Ketua UMNO Bahagian Baharu
Sekianlah artikel Pemilihan: Pahang Terima Lima Ketua UMNO Bahagian Baharu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemilihan: Pahang Terima Lima Ketua UMNO Bahagian Baharu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/pemilihan-pahang-terima-lima-ketua-umno.html
0 Response to "Pemilihan: Pahang Terima Lima Ketua UMNO Bahagian Baharu"
Catat Ulasan