Loading...

Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan

Loading...
Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan
link : Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan

Baca juga


Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berikrar mendedahkan semua salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam Kementeri Pertahanan sewaktu di bawah pentadbiran kerajaan sebelum ini jika ia terbukti benar berlaku.

Katanya, terdapat beberapa isu berkaitan kementerian itu sebelum ini ditimbulkan terutama berkaitan perolehan aset ketenteraan dan ia akan disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan Khas bagi isu-isu tadbir urus, perolehan dan kewangan negara yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

"Dalam kempen-kempen pilihan raya kita sentuh mengenai Kementerian Pertahanan ini antara yang menjadi sasaran dan perkara yang ditimbulkan termasuk oleh Tan Sri Rafidah Aziz (berkaitan penswastaan tanah Angkatan Tentera Malaysia)."

"Sebelum itu kita juga sentuh tentang pembelian kapal selam Scorpene dan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Pertahanan termasuk (pembunuhan model Mongolia) Altantuya Shaariibuu dan sebagainya, terlalu banyak," katanya dalam temubual bersama Bernama di Wisma Bernama di sini, baru-baru ini.

Mohamad percaya jawatankuasa itu mampu merungkai pelbagai dakwaan yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan sebelum ini dan mengubah persepsi negatif masyarakat yang boleh mencalarkan imej kementerian itu.

Dalam pada itu, Mohamad yang baru sahaja mengemudi kementerian itu kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu berkata, pada masa ini tidak banyak dasar yang telah dilaksanakan kementerian itu yang akan diubah, sebaliknya hanya akan ditambah baik terutama berkaitan pelaksanaannya.

Katanya antara dasar kementerian yang akan diteruskan termasuk hubungan kerjasama ketenteraan dengan negara-negara jiran dalam mengawasi perairan selain komitmen untuk mengukuhkan perjanjian Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan).

Beliau turut mengulangi komitmen untuk terus memelihara kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan kesiapsiagaan mereka dalam menjadi benteng mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

"Kedudukan kewangan dan ekonomi negara kita sekarang ini mungkin memerlukan kita untuk menyesuaikan dengan keadaan itu tetapi walau apa pun hal, kebajikan dan kesiapsiagaan tentera kita itu tidak boleh kompromi," katanya.

Mohamad turut berkata program dan perkara lain diputuskan sebelum ini termasuk status Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) turut akan dikaji secara mendalam sebelum cadangan untuk menentukan statusnya dikemukakan dan diputuskan kabinet. #sumber


Demikianlah Artikel Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan

Sekianlah artikel Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/penyelewengan-di-dedah-andai-benar-ia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyelewengan Di Dedah, Andai Benar Ia Berlaku Di Kementerian Pertahanan"

Catat Ulasan

Loading...