Loading...
Judul : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Bermula 2 Julai
link : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Bermula 2 Julai
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Bermula 2 Julai
KUANTAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dijadualkan pada 2 Julai ini.
Sumber berkata sidang pertama di Wisma Sri Pahang itu akan menyaksikan pelantikan Speaker DUN selain upacara mengangkat sumpah 42 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih rakyat pada PRU14.
"Istiadat perasmian oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dijadualkan berlangsung pada 23 Julai depan diikuti sidang DUN selama lima hari," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Berhubung pemilihan Speaker, sumber berkata kemungkinan Datuk Seri Ishak Muhamad, 65, yang juga anak kelahiran Pekan, akan dikekalkan sebagai Speaker DUN Pahang untuk penggal kedua selepas dilantik kali pertama pada 1 Julai 2013.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik selama 13 tahun dan menjadi ADUN Bebar selain dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Koperasi negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-12. #sumber
Demikianlah Artikel Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Bermula 2 Julai
Sekianlah artikel Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Bermula 2 Julai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Bermula 2 Julai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/persidangan-dewan-undangan-negeri-dun.html
0 Response to "Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Bermula 2 Julai"
Catat Ulasan