Loading...
Judul : Polis Geledah Kuarters Di Percayai Simpan 'Barangan' Bekas Perdana Menteri
link : Polis Geledah Kuarters Di Percayai Simpan 'Barangan' Bekas Perdana Menteri
Polis Geledah Kuarters Di Percayai Simpan 'Barangan' Bekas Perdana Menteri
PUTRAJAYA: Sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melakukan pemeriksaan terhadap sebuah rumah kuarters berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Precint 10 di sini hari ini.
Difahamkan kuarters yang terletak berhadapan dengan Seri Perdana, iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri tersebut telah diperiksa oleh pihak polis sejak beberapa hari lalu dan dipercayai mempunyai barangan milik Najib.
Turut kelihatan pihak polis membawa keluar beberapa kotak yang tidak diketahui kandungannya ke dalam sebuah van.
Polis tiba di kediaman tersebut dengan menaiki empat buah kereta polis kira-kira pukul 1.20 petang tadi.
Menurut jiran yang enggan dikenali, rumah itu telah ditinggalkan sejak setahun lalu dan kali terakhir ia dihuni oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh.
Sebelum menjawat jawatan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry pernah memegang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan antaranya sebagai Penolong Setiausaha Kementerian Pertahanan, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Sabah, Pengarah Jabatan Pendaftaran Perak, Pengarah Pejabat Pembangunan Kelantan, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan (Kesedar) dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.
Shukry kemudian dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat pada tahun 2016. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Geledah Kuarters Di Percayai Simpan 'Barangan' Bekas Perdana Menteri
Sekianlah artikel Polis Geledah Kuarters Di Percayai Simpan 'Barangan' Bekas Perdana Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Geledah Kuarters Di Percayai Simpan 'Barangan' Bekas Perdana Menteri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/polis-geledah-kuarters-di-percayai.html
0 Response to "Polis Geledah Kuarters Di Percayai Simpan 'Barangan' Bekas Perdana Menteri"
Catat Ulasan