Loading...
Judul : Seramai 66,258 Imam, Bilal, Siak Dan Guru KAFA Terima Bonus Raya
link : Seramai 66,258 Imam, Bilal, Siak Dan Guru KAFA Terima Bonus Raya
Seramai 66,258 Imam, Bilal, Siak Dan Guru KAFA Terima Bonus Raya
PUTRAJAYA: Seramai 66,258 individu terdiri daripada imam, bilal, siak dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara menerima bayaran khas Aidilfitri berjumlah RM400.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kos keseluruhan bayaran ini adalah sebanyak RM26.5 juta dan sudah disalurkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Seramai 66,258 individu dari seluruh negara yang terdiri daripada 12,500 imam, 8,650 bilal, 3,950 guru takmir, 8,394 Tok Siak/Norja/Merbot, serta 32,764 guru KAFA akan menerima bayaran khas RM400 ini.
"Pemberian ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu yang berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini.
Guan Eng berkata, sempena ketibaan Aidilfitri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan bahawa anggota perkhidmatan masjid dapat menikmati bayaran khas Aidilfitri, seperti yang diterima oleh warga perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan.
"Pembayaran ini tidak termasuk dalam pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) yang dibayar secara berasingan. Kerajaan Persekutuan juga sudah menyalurkan RM1.6 bilion kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR bermula 6 Jun lalu.
"Semoga pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu persediaan Aidilfitri oleh penerima di seluruh negara," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Seramai 66,258 Imam, Bilal, Siak Dan Guru KAFA Terima Bonus Raya
Sekianlah artikel Seramai 66,258 Imam, Bilal, Siak Dan Guru KAFA Terima Bonus Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Seramai 66,258 Imam, Bilal, Siak Dan Guru KAFA Terima Bonus Raya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/seramai-66258-imam-bilal-siak-dan-guru.html
0 Response to "Seramai 66,258 Imam, Bilal, Siak Dan Guru KAFA Terima Bonus Raya"
Catat Ulasan