Loading...

Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO

Loading...
Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO
link : Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO

Baca juga


Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO


KUANTAN: Tan Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman membuat penampilan semula dengan kembali me­rebut jawatan Ketua Wanita UMNO, kerusi yang pernah disandang beliau pada tahun 1996 hingga 2000 lalu.

Dr. Siti Zaharah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar, menerusi entri laman sosial Facebook miliknya turut memaklumkan bahawa beliau telah mengemukakan borang pencalonannya di Ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur semalam.

“Saya bersama Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Paya Besar, Zuraidah Musib telah menghantar borang ia­itu saya menawarkan diri untuk jawatan Ketua Wanita manakala Zuraidah bagi jawatan Exco Wa­nita.

“Dalam masa sama saya dan Zuraidah akan mempertahankan jawatan di bahagian. Hasrat kami adalah untuk terus tampil membina semula UMNO dengan track record serta pengalaman yang dimiliki,”katanya.

Sementara itu, kepimpinan UMNO Bahagian Paya Besar memberi sepenuh sokongan kepada Dr. Siti Zaharah serta seorang lagi pemimpin bahagian itu, Mohd. Shahar Abdullah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah berkata, beliau yakin dengan pengalaman yang dimiliki Dr. Siti Zaharah dan Mohd. Shahar pastinya mampu memberi sumbangan besar kepada parti jika diberi mandat serta kepercayaan. #sumber


Demikianlah Artikel Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO

Sekianlah artikel Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/siti-zaharah-kembali-tawarkan-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siti Zaharah "Kembali", Tawarkan Diri Untuk Tanding Ketua Wanita UMNO"

Catat Ulasan

Loading...