Loading...

Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan

Loading...
Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan
link : Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan

Baca juga


Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan


KUANTAN:  Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu penekanan agama diberikan dalam menghadapi krisis nilai dan keruntuhan akhlak masa kini.

Baginda bertitah, penekanan pendidikan agama perlu supaya membawa kesan lebih besar kepada pembangunan modal insan.

Titahnya, pembangunan insan hari ini perlu membabitkan mereka yang tidak terpengaruh dengan keindahan dunia serta menindas orang lain demi kepentingan diri dan ketamakan harta.

“Ilmuan yang ingin kita lahirkan ialah mereka yang membela nasib ummah, berbakti kepada nusa dan bangsa serta membawa rahmat kepada sekalian alam,” titah baginda sempena Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan, Khatam Hafazan al Quran dan Majlis Berbuka Puasa Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), malam tadi.

Titah ucapan Tengku Abdullah dibacakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, baginda bertitah, Allah berfirman bahawa al-Quran adalah pedoman kepada semua umat Islam bagi mencapai kejayaan di dunia serta akhirat .

“Justeru, pemahaman Islam sebenar dan menyeluruh menjadi asas kekuatan kita, sebagai umat Islam kita harus berusaha memahami al-Quran mengikut Nabi Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dan ketaqwaan hanya kepada Allah serta persaudaraan yang erat sesama Islam.

“Sejak turunnya wahyu pertama, al-Quran terpelihara keasliannya dalam dada sahabat dan penghafaz al-Quran. Mereka berperanan melindungi kesahihan al-Quran,”titahnya.

Baginda menambah, bilangan penghafaz al-Quran yang bertambah ramai dan kecenderungan ibu bapa yang begitu berminat menghantar anak-anak mengikuti kelas tahfiz adalah satu petanda baik,

“Saya berharap perkara ini dapat  berterusan,” titahnya.

Pada majlis berkenaan, Tengku Abdullah turut menzahirkan penghargaan terhadap kerajaan negeri dan Yayasan Pahang yang memberi bantuan berterusan kepada MTNP bermula daripada pembangunan infrastruktur sehingga membangunkan sistem yang membolehkannya mencapai pelbagai kejayaan.

“Saya bangga apabila dimaklumkan MTNP mendapat keputusan terbaik bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diploma dan kokurikulum, saya berharap pencapaian ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun akan datang,” titahnya. #sumber


Demikianlah Artikel Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan

Sekianlah artikel Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/tengku-abdullah-titah-perkukuh-ilmu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tengku Abdullah Titah Perkukuh Ilmu Agama Untuk Pembangunan Insan"

Catat Ulasan

Loading...