Loading...
Judul : Tiga Maut, Empat Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Temerloh
link : Tiga Maut, Empat Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Temerloh
Tiga Maut, Empat Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Temerloh
TEMERLOH: Tiga maut, empat parah termasuk seorang kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 149 Jalan Kuantan Kuala Lumpur dekat Batu 7, Mentakab pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang maut ialah dua beradik yang juga penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) iaitu Khasrul Haizal Bin Mohd Yusof, 20 dan Khasrul Ikhwan (umur masih belum diperolehi) serta pemandu Toyota Hilux Chua Jyh Shyong, 37.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata empat lagi yang cedera ialah pemandu MPV, Mohd Yusof Ghazali, 37, isteri serta dua anak lelaki mereka, bagaimanapun maklumat lengkap mangsa cedera bersama dua yang terselamat (tidak cedera) masih belum diperoleh.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler membawa muatan kertas yang dipandu seorang lelaki dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan tiba-tiba terbabas ke laluan bertentangan.
"Kenderaan berat itu kemudian melanggar MPV yang dinaiki lapan sekeluarga yang beralamat di Sungai Penchala, Kuala Lumpur itu serta kenderaan pacuan empat roda dari arah hadapan menyebabkan tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Tiga Maut, Empat Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Temerloh
Sekianlah artikel Tiga Maut, Empat Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Temerloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga Maut, Empat Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Temerloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/tiga-maut-empat-parah-dalam-kemalangan.html

0 Response to "Tiga Maut, Empat Parah Dalam Kemalangan Tiga Kenderaan Di Temerloh"
Catat Ulasan