Loading...
Judul : Tiga Maut, Kemalangan Libatkan Bas Ekspres & Dua Lori Di Pagoh
link : Tiga Maut, Kemalangan Libatkan Bas Ekspres & Dua Lori Di Pagoh
Tiga Maut, Kemalangan Libatkan Bas Ekspres & Dua Lori Di Pagoh
MUAR: Pemandu bas ekspres dan dua penumpang terbunuh apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan dua lori di KM142.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Pagoh di sini, tengah hari tadi.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Muar Marzuki Ismail berkata pemandu bas ekspress itu dikenal pasti sebagai Shuaib K.K Mohamed Unny, 50, sementara dua penumpang bas yang masih belum dikenal pasti identiti mereka.
"Seorang lagi pemandu dan 25 lagi penumpang bas ekpress, pemandu lori treler dan lori tangki terselamat. Punca kemalangan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
"Semua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk rawatan. Mangsa yang meninggal dunia diserah kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.08 tengah hari dan operasi menyelamat tamat pada pukul 2.10 petang tadi. #sumber
Demikianlah Artikel Tiga Maut, Kemalangan Libatkan Bas Ekspres & Dua Lori Di Pagoh
Sekianlah artikel Tiga Maut, Kemalangan Libatkan Bas Ekspres & Dua Lori Di Pagoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga Maut, Kemalangan Libatkan Bas Ekspres & Dua Lori Di Pagoh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/tiga-maut-kemalangan-libatkan-bas.html

0 Response to "Tiga Maut, Kemalangan Libatkan Bas Ekspres & Dua Lori Di Pagoh"
Catat Ulasan