Loading...
Judul : Warga "Felda Jengka 4" Bersedih, Sambut Lebaran Tampa Bekalan Air
link : Warga "Felda Jengka 4" Bersedih, Sambut Lebaran Tampa Bekalan Air
Warga "Felda Jengka 4" Bersedih, Sambut Lebaran Tampa Bekalan Air
Abd Aziz bin Mustafa, 39 berkata, beliau sedih mengalami kesukaran menyambut lebaran tanpa kemudahan air mencukupi.
Menurutnya beliau sekeluarga terpaksa menunggu kedatangan lori tangki dan berjimat cermat menggunakan air yang disimpan untuk kegunaan Aidilfitri sehingga mencatunya untuk kegunaan penting dan mendesak sahaja.
"Kami terpaksa hadkan penggunaakn stok air. Pentingkan untuk masak, makan dan minum sahaja. Kalau nak mandi atau basuh baju kena ketepikan dulu.
"Memang teruk masalah air tahun ini. Beberapa hari sebelum raya dah terputus bekalan air paip. Sedih sangat. Harap pihak pihak berkaitan ambil serius isu air ni dan faham keadaan kami berhari raya tanpa air," katanya.
Sementara itu, Syaidatul Norhafizah Mohd Apalil, 27, berkata, pihaknya terpaksa menghubungi pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) beberapa kali untuk meminta penghantaran air dibuat bagi memenuhi keperluan Aidilfitri.
"Bagi tujuan makan minum, kami terpaksa beli air mineral dan gunakannya. Begitu juga untuk memasak. Ada juga penduduk mengambil inisiatif sendiri dengan mandi di pusat rekreasi air terjun Cik Minah Sayang, Kuala Sentul. Tapi air sungai faham fahamlah. Bukan bersih.
"Tak faham kenapa masalah air setiap tahun tak pernah berhenti. Tangki air ada tapi bila nak raya, air tak ada," keluhnya.
Sehubungan itu beliau berharap kerajaan negeri dan pusat mengambil berat masalah air di Felda yang tak berkesudahan sejak bertahun tahun dahulu. #sumber
Demikianlah Artikel Warga "Felda Jengka 4" Bersedih, Sambut Lebaran Tampa Bekalan Air
Sekianlah artikel Warga "Felda Jengka 4" Bersedih, Sambut Lebaran Tampa Bekalan Air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warga "Felda Jengka 4" Bersedih, Sambut Lebaran Tampa Bekalan Air dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/warga-felda-jengka-4-bersedih-sambut.html
0 Response to "Warga "Felda Jengka 4" Bersedih, Sambut Lebaran Tampa Bekalan Air"
Catat Ulasan