Loading...
Judul : 2,000 Ahli UMNO Kalabakan Keluar Parti Untuk Sertai Warisan
link : 2,000 Ahli UMNO Kalabakan Keluar Parti Untuk Sertai Warisan
2,000 Ahli UMNO Kalabakan Keluar Parti Untuk Sertai Warisan
Mereka diketuai tujuh bekas ahli jawatankuasa Bahagian UMNO Kalabakan termasuk pengerusi tetap UMNO kawasan tersebut, Mohd. Nazri Durahman.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata, beliau yakin lebih ramai lagi ahli UMNO khususnya yang membabitkan ahli jawatan kuasa dan cawangan akan keluar parti untuk menyertai Warisan dalam tempoh terdekat ini.
“Tindakan keluar parti dalam kalangan ahli UMNO Kalabakan ini memperlihatkan mereka inginkan perubahan kepimpinan.
“Selain itu, mereka juga ingin memastikan rakyat terus mendapat pembelaan yang sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Fajar dekat sini hari ini.
Abdul Muis berkata, mereka membuat keputusan tersebut secara sukarela dan tanpa imbuhan serta sebarang janji daripada mana-mana pihak.
Beliau percaya, keputusan itu juga diambil selepas mengambil kira pendapat ahli-ahli cawangan , penduduk setempat termasuk pengundi dan penyokong di kawasan berkenaan.
“Mereka meninggalkan UMNO kerana inginkan perubahan bukan sahaja dari segi kepimpinan malah pembanguan yang bakal dirancang dan dilaksanakan demi untuk keselesaan rakyat,” jelasnya. #sumber
Demikianlah Artikel 2,000 Ahli UMNO Kalabakan Keluar Parti Untuk Sertai Warisan
Sekianlah artikel 2,000 Ahli UMNO Kalabakan Keluar Parti Untuk Sertai Warisan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 2,000 Ahli UMNO Kalabakan Keluar Parti Untuk Sertai Warisan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/2000-ahli-umno-kalabakan-keluar-parti.html

0 Response to "2,000 Ahli UMNO Kalabakan Keluar Parti Untuk Sertai Warisan"
Catat Ulasan