Loading...

23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji !

Loading...
23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji !
link : 23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji !

Baca juga


23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji !


TOKYO, JEPUN: Laluan pendakian berliku selain perlu mendaki secara berterusan selama 12 jam pada sebelah malam.

Itu antara cabaran yang terpaksa dihadapi kumpulan 23 pendaki termasuk pengamal media dari Pahang yang bernaung dibawah kelab pendakian dan rekreasi RBO Team apabila berjaya menawan Gunung Fuji, kelmarin.

Difahamkan kumpulan 23 pendaki yang memulakan misi mereka pada Sabtu lalu, adalah kumpulan pendaki terbesar dari Malaysia yang berjaya menawan puncak tertinggi di Jepun yang berketinggian 3,776 meter dari aras laut.

Pengerusi RBO Team, Abdul Rahim Othman, 58, berkata, menawan gunung tertinggi di negara matahari terbit itu adalah cabaran baharu yang diharungi kumpulan terbabit kerana hampir keseluruhan pendakian berlangsung pada waktu malam.

"Kami memulakan pendakian seawal jam 8 malam (waktu Jepun) dan terpaksa menempuh perjalanan cukup mencabar yang diharung dalam keadaan gelap...selain laluan berbatu dan berdebu pendaki juga diuji dengan laluan pendakian berliku atau kami gelar ia laluan Zig Zag.

"Jika tidak mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang cukup pasti pendaki akan terkandas dan tidak dapat menyempurnakan misi ke pucak. Alhamdulillah selepas berdepan segala cabaran semua pendaki selamat tiba ke puncak dengan pendaki terawal tiba pada kira-kira jam 8 pagi," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Turut serta enam pengamal media iaitu, wartawan kumpulan New Strait Times Press (NSTP) Pahang, Mohamad Azim Fitri Abd Aziz, jurugambar NSTP Pahang, Muhd Asyraf Sawal, wartawan sambilan TV Al-Hijrah, Mohammad Sofiyyuddin Sarani, jurukamera RTM Pahang, Amzari Jamaludin, wartawan Sinar Harian, Mohd Ridzuan Abu Hassan dan Ketua Biro Bernama Pahang, Noor Shamsiah Ismail.

Abdul Rahim berkata, biarpun RBO Team sudah mendaki dan menawan lebih 10 puncak di dalam dan luar negara namun Gunung Fuji berbeza berbanding gunung lain yang pernah didaki kumpulan itu.

Katanya, Gunung Fuji yang terletak di daerah Chubu, Honshu bukan sahaja memerlukan pendaki bersedia dari sudut fizikal malah menuntut kekuatan mental yang mana pendaki akan diuji dengan angin sejuk serta debu gunung berapi sepanjang perjalanan.

Sementara itu, pendaki Zafril Nasir, 36, pengalaman menyertai ekpedisi Gunung Fuji sememangnya berbeza berbanding gunung lain yang pernah didakinya kerana kebanyakan masa pendakian dihabiskan pada waktu malam.

"Selain angin sejuk pada sebelah malam pendakian ini juga dilakukan secara berterusan tanpa kami singgah bermalam di mana-mana stesen persinggahan...kami bersyukur cuaca baik, jika cuaca buruk pendakian kami tentu lebih sukar," katanya.

Usahawan dari Maran, Pahang itu berpendapat kumpulan pendaki yang sukakan cabaran perlu menyenaraikan Gunung Fuji di dalam kalendar pendakian mereka kerana ia pasti berbaloi dalam memberikan cabaran dan kepuasan pendakian.

Bagi pendaki wanita, Datin Diana Arnida Ahmad Kamal, 35, pendakian ke puncak gunung berapi itu sememangnya menguji tahap kesabaran pendaki.

"Berkat sokongan dalam pasukan ini, saya akhirnya sampai ke puncak... kunci kejayaan semua pendaki dalam ekspedisi kali ini saya percaya adalah semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain yang membuatkan kami berjaya merealisasikannya," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel 23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji !

Sekianlah artikel 23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/23-pendaki-termasuk-team-media-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "23 Pendaki Termasuk Team Media Pahang Tawan Gunung Fuji !"

Catat Ulasan

Loading...