Loading...
Judul : 42 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Angkat Sumpah Jawatan
link : 42 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Angkat Sumpah Jawatan
42 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Angkat Sumpah Jawatan
Majlis angkat sumpah dimulakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga ADUN Jelai, diikuti 10 anggota EXCO dan ADUN lain.
Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad yang dipilih semula menduduki jawatan itu selepas dicadangkan oleh Wan Rosdy.
Ketika membentangkan usul itu, Wan Rosdy berkata, pemilihan Ishak yang juga bekas ADUN Bebar selama empat penggal dan bekas EXCO Kerajaan Negeri, adalah berdasarkan pengalaman luas serta prestasi cemerlangnya sebelum ini.
Usul itu disokong ADUN Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi.
ADUN Jenderak, Datuk Seri Muhammed Jaafar turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN yang dicadangkan oleh Wan Rosdy dengan disokong ADUN Benta, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Barisan Nasional (BN) kekal menguasai Pahang selepas memenangi 25 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan, manakala Pakatan Harapan (PH) meraih sembilan kerusi dan PAS (lapan).
Berucap sebelum menangguhkan persidangan itu, Ishak berkata, rakyat Malaysia berjaya menunjukkan demokrasi matang pada PRU-14, termasuk mengekalkan keamanan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
"Rakyat sudah memilih dan kepada mereka yang dipilih, tunaikan janji dan dekati rakyat.
"Mahkamah rakyat akan mengadili kita semua apabila tiba masanya," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel 42 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Angkat Sumpah Jawatan
Sekianlah artikel 42 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Angkat Sumpah Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 42 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Angkat Sumpah Jawatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/42-ahli-dewan-undangan-negeri-pahang.html
0 Response to "42 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Angkat Sumpah Jawatan"
Catat Ulasan