Loading...
Judul : Adakah Kerajaan Akan Hidupkan ISA Selepas Mansuh SOSMA
link : Adakah Kerajaan Akan Hidupkan ISA Selepas Mansuh SOSMA
Adakah Kerajaan Akan Hidupkan ISA Selepas Mansuh SOSMA
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang disifatkannya “tidak cukup kuat”.
Presiden UMNO itu bimbang pembatalan Sosma dan akta lain akan menyebabkan negara berdepan ancaman keselamatan kawalan jauh serta membuka lebih banyak ruang kepada pihak tertentu menggugat ketenteraman awam melalui provokasi kaum dan agama menerusi pelbagai saluran media sosial serta internet.
“UMNO ingin mempersoalkan logik langkah pembatalan ini dalam menjamin ketenteraman awam, sedangkan sudah wujud tindakan pihak tertentu untuk mencabar institusi raja-raja Melayu dan melaga-lagakan kaum sejak PH memerintah.
“Apakah Dr Mahathir berbuat demikian semata-mata untuk memelihara kepentingan politiknya atau demi mengambil hati pengundi PH?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Sosma, undang-undang kontroversi yang diluluskan pada 2012 dan dilihat sebagai pengganti kepada ISA.
Katanya, rakyat perlu dilindungi undang-undang adil kerana Sosma membolehkan pihak berkuasa menangkap sesiapa tanpa perbicaraan di mahkamah.
Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak memansuhkan ISA pada 15 September 2011.
Zahid yang juga bekas menteri dalam negeri mempertahankan Sosma dengan berkata, akta itu bertujuan memastikan ketenteraman awam tidak diganggu gugat oleh tindakan pihak tertentu dan ia langsung tidak menyentuh soal politik mana-mana individu.
“Pesalah Sosma tidak boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Malah, ada peruntukan bahawa perbicaraan perlu diadakan di Mahkamah Tinggi. ISA tiada perbicaraan selama 2 tahun, manakala penahanan di bawah Sosma hanya 28 hari sahaja, kemudian perlu dibicarakan.
“Dalam ketika berlaku banyak perubahan lanskap politik dalam negara dan antarabangsa, perundangan seperti Sosma dan Akta Hasutan sangat kena pada masanya, tetapi pada masa sama, aspek keadilan turut melindungi hak individu yang disyaki terlibat.
“Kerajaan terdahulu tidak pernah memikirkan keuntungan politik dalam menggubal setiap undang-undang yang difikirkan perlu untuk menjaga kepentingan setiap warganegara, malah sedia menggunakan pendekatan tidak populis ini demi ketenteraman awam.”
Bekas timbalan perdana menteri itu mengingatkan rakyat supaya tidak menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, jika pemansuhan akta yang disifatkan drakonian itu akan menjadikan Malaysia “negara koboi”.
“Jika inilah hasratnya, maka UMNO menasihatkan rakyat bersedia dari sekarang untuk melihat wujudnya ketidakstabilan di dalam negara dengan berkembangnya semula kegiatan subversif seperti yang pernah dialami selepas merdeka, di mana ISA terpaksa digubal.
“Jika kerajaan memikirkan pemansuhan akta berkenaan akan lebih menstabil dan menenteramkan negara, maka dihapuskan akta yang bukan saja masih diguna pakai negara jiran, malah kebanyakan kuasa besar dan negara yang menjadi kiblat PH.” #sumber
Demikianlah Artikel Adakah Kerajaan Akan Hidupkan ISA Selepas Mansuh SOSMA
Sekianlah artikel Adakah Kerajaan Akan Hidupkan ISA Selepas Mansuh SOSMA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Adakah Kerajaan Akan Hidupkan ISA Selepas Mansuh SOSMA dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/adakah-kerajaan-akan-hidupkan-isa.html
0 Response to "Adakah Kerajaan Akan Hidupkan ISA Selepas Mansuh SOSMA"
Catat Ulasan