Loading...

Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis

Loading...
Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis
link : Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis

Baca juga


Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis


Adun Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim memutuskan untuk menyertai PKR, selepas hasratnya menyertai PPBM tidak kesampaian setelah meninggalkan Umno dan Barisan Nasional.

Ismail yang juga adik Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, keputusan menyertai PKR itu dibuat selepas tertarik dengan cara parti berkenaan diurus tadbir.

“Saya lihat PPBM Perlis terdapat unsur yang ada dalam parti lama saya, jadi sebab itu saya tidak berminat. Jika saya mahu seperti itu lebih baik sertai Umno, bahkan saya ada jawatan.

“Saya bukan rasmi lagi menjadi ahli PKR, baru sahaja mengisi borang selepas diajak setiausaha Pakatan Harapan Kedah yang minta saya masuk PKR,” katanya kepada FMT.

Difahamkan, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR Kedah di Pokok Sena, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada pucuk pimpinan PKR negeri itu dan pusat.
Ismail berkata, tujuannya memohon menjadi ahli PKR di Kedah adalah kerana tidak melihat banyak saingan dan ancaman kepada mana-mana pihak dalam parti berkenaan di negeri itu.

“Saya masuk di Kedah kerana tidak ada saingan pada sesiapa, tidak ada yang merasakan kemasukan saya ini suatu ancaman atau boleh menyekat peluang mereka meningkat,” katanya.

Antara sebab lain yang menyebabkan Ismail tertarik kepada PKR ialah gabungan kepimpinan lama dan baru dalam parti itu mengamalkan konsep musyawarah.

“Pertamanya gabungan antara orang berpengalaman, orang lama dan orang baru, seronok saya lihat mereka bekerja. Kedua, gabungan pemimpin lama dan baru ini bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Selain itu katanya, beliau sendiri tidak asing kepada pucuk pimpinan PKR Kedah memandangkan pemimpin seperti Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail dan Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul adalah rakan lamanya.


Demikianlah Artikel Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis

Sekianlah artikel Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/adik-shahidan-kassim-sertai-pkr.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adik Shahidan Kassim sertai PKR, kempunan jadi MB Perlis"

Catat Ulasan

Loading...