Loading...

Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan !

Loading...
Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan !
link : Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan !

Baca juga


Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan !


BENTONG: Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang mengesahkan akaun bank Umno Negeri Pahang dan Bahagian Bentong telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun, Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan pembekuan akaun bank miliknya sebagai wajar bagi memberi laluan kepada penyiasatan oleh pihak berkuasa berhubung pelbagai isu berbangkit dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Saya bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada 19 Jun lalu dan Tun Daim Zainuddin bertanyakan sama ada kami ada mendapat bantuan kewangan pada PRU13...saya kata Badan Perhubungan Umno Pahang mendapat dua keping cek.

“Saya ada simpan dokumen seperti salinan imbasan dan penyata kewangan, ini memudahkan pihak berkenaan membuat siasatan.

“Tindakan ini wajar bagi membantu siasatan, namun saya hairan akaun Umno Bahagian Bentong pun turut dibekukan dan saya diberitahu kita ada mendapat cek...kita terbuka dalam siasatan dilakukan pihak berkuasa,” katanya ditemui selepas mesyuarat Umno Bahagian Bentong di Dewan Arena Bentong, di sini, semalam.

Baru-baru ini Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memangku jawatan Presiden UMNO mendedahkan SPRM membekukan akaun Umno Pusat, Umno Selangor dan umniJohor.

SPRM dipercayai membekukan akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu Adnan yang juga bekas Menteri Besar Pahang berkata, bendahari Umno Bentong Datuk Noor Azmi Jaafar memaklumkan Umno Bentong ada menerima bantuan sekeping cek daripada ibu pejabat Umno.

"Kalau begitu, wajar juga untuk membekukan akaun Umno Bentong... ini semua untuk mudahkan siasatan dan kita terbuka. Kita akan siapkan semua dokumen yang diperlukan dan beri kerjasama," katanya.

Adun Pelangai itu juga mengakui Umno Pahang mengalami 'sedikit kesukaran' untuk bergerak ekoran pembekuan akuan tersebut, namun mahu atau tidak mereka perlu 'belajar untuk hidup dengan apa adanya'.

"Saya bukan menteri besar yang berniaga, tapi ada beberapa anggota dalam parti yang ada perniagaan dan kewangan yang kukuh sanggup menyumbang kepada parti. Kita pun bergerak setakat yang termampu.

"Umno dahulu pun bermula bukan terus senang tapi kita ada semangat. Jika semangat itu kita pegang, sanggup bersusah maka tidak akan menjadi masalah untuk kita bangkit semula," katanya.

Sementara itu, Adnan berjaya mempertahankan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Bentong yang memegang jawatan tersebut sejak tahun 1987 menang bergaya apabila memperolehi 296 undi meninggal jauh pencabarnya, Shamsudin Moner yang sekadar memperolehi 51 undi dalam pertembungan satu lawan satu itu. #sumber



Demikianlah Artikel Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan !

Sekianlah artikel Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/adnan-dakwa-akaun-bank-umno-pahang-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adnan Dakwa Akaun Bank UMNO Pahang Dan Bahagian Bentong Di Bekukan !"

Catat Ulasan

Loading...