Loading...
Judul : ADUN Jengka Gesa Pihak JAS Memantau Operasi Kilang Kayu !
link : ADUN Jengka Gesa Pihak JAS Memantau Operasi Kilang Kayu !
ADUN Jengka Gesa Pihak JAS Memantau Operasi Kilang Kayu !
KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan notis terhadap premis di kawasan perindustrian kayu Bandar Jengka dekat sini bagi memastikan langkah-langkah pembetulan dan pengawalan habuk kayu dilaksanakan segera.
Pengarah JAS Negeri Pahang, Rosli Zul berkata, notis itu dikeluarkan sebaik sahaya JAS menerima laporan minggu lalu berhubung rungutan penduduk terhadap gangguan habuk kayu daripada kilang kayu tersebut sehingga mencemarkan persekitaran setempat.
Menurutnya, sekiranya langkah-langkah dan tindakan pembetulan tersebut tidak dipatuhi, pihak JAS tidak teragak agak untuk membawa tindakan mahkamah termasuk mendapatkan perintah sita.
"Pihak JAS juga telah mengenal pasti kilang yang berkaitan dengan masalah tersebut dan kita mengambil tindakan dengan mengeluarkan arahan pembetulan. Kilang tersebut juga dipantau setiap hari termasuk pada Isnin dan Selasa untuk lihat sejauh mana tindakan dan penambah baik dilakukan pemilik kilang berkenaan.
"JAS telah mengadakan lawatan dan pemantauan sejak menerima aduan Khamis, minggu lepas dan kita pantau kawasan zon perindustrian kayu tersebut di mana terdapat lima kilang kesemuanya. Punca yang dikenal pasti setakat ini adalah berkenaan sistem alat kawalan habuk di kilang itu,” katanya, semalam.
Terdahulu, ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim Al Hafiz (foto) turut mengadakan lawatan ke beberapa buah kilang pembuatan kayu bagi meninjau keadaan sebenar yang berlaku.
Beliau berbuat demikian selepas menerima aduan orang ramai terutama peniaga berhampiran yang merungut perniagaan terjejas akibat gangguan habuk kayu tersebut.
Hasil lawatan yang dilakukan mendapati enam syarikat yang kesemuanya memproses kayu telah mengalami kebocoran terhadap saluran paip habuk yang telah menyebabkan habuk berterbangan ke sekitar Bandar Jengka.Terdapat lima kilang yang beroperasi di zon perindustrian kayu tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel ADUN Jengka Gesa Pihak JAS Memantau Operasi Kilang Kayu !
Sekianlah artikel ADUN Jengka Gesa Pihak JAS Memantau Operasi Kilang Kayu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ADUN Jengka Gesa Pihak JAS Memantau Operasi Kilang Kayu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/adun-jengka-gesa-pihak-jas-memantau.html

0 Response to "ADUN Jengka Gesa Pihak JAS Memantau Operasi Kilang Kayu !"
Catat Ulasan