Loading...

Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong !

Loading...
Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong !
link : Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong !

Baca juga


Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong !


KUALA LUMPUR - Pengarah Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh menyifatkan amaran terhadapnya supaya menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai ‘tin kosong’.

Amar Singh berkata, kenyataan atau sidang media yang beliau lakukan sebelum ini adalah berkaitan dengan 1MDB.

Malah katanya, pertuduhan yang dijalankan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah berkaitan dana SRC International Sdn Bhd dan bukannya 1MDB.

Katanya, beliau tidak mahu membazir masa dan memberi perhatian kepada kenyataan Naib Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii yang memberi amaran supaya beliau berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB.

"Pada masa ini, kes yang dijalankan di mahkamah adalah berkait dengan dana SRC International Sdn Bhd dan bukannya 1MDB.

"Beliau (Mohd Razlan) boleh berkata apa sahaja, selagi tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang negara ini," katanya pada NSTP, hari ini.

Semalam Mohd Razlan Muhammad Rafii memberi amaran kepada Amar Singh Ishar Singh agar berhenti membicarakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mendakwa mahkamah telah mengeluarkan arahan agar isu ini tidak dibicarakan di luar mahkamah sebelum perbicaraan.

Katanya, biar mahkamah tentukan dahulu sama ada Najib bersalah atau tidak. #sumber


Demikianlah Artikel Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong !

Sekianlah artikel Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/amar-singh-tutup-mulut-amaran-razlan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Amar Singh: Tutup Mulut, Amaran Razlan Macam Tin Kosong !"

Catat Ulasan

Loading...