Loading...

Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan

Loading...
Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan
link : Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan

Baca juga


Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan


PETALING JAYA:PKR digesa tidak meminggirkan terus Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail susulan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim mahu bertanding jawatan Presiden parti itu dalam pemilihan bulan depan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (MPP), Azan Ismail membuat desakan itu sambil mencadangkan Wan Azizah diberi peranan sebagai Ketua Umum.

“Kedudukan Wan Azizah begitu strategik dalam kepimpinan PKR dan pengalaman beliau mengemudi parti selama belasan tahun sangat berguna. Beliau juga adalah lambang kepimpinan wanita di Malaysia dengan status sebagai wanita pertama menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Wan Azizah perlu diletakkan di kedudukan sebagai ketua umum dan Anwar sebagai Presiden. Beliau boleh berfungsi sebagai peneraju pembangunan wanita di bawah Malaysia baru.


“Beliau juga menteri wanita, jangan biarkan hanya menjadi ahli biasa, itu kami tak setuju,” kata Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu.

Azan berkata PKR Terengganu turut berpandangan, selain Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli juga antara individu yang layak diangkat sebagai Timbalan Presiden bergandingan dengan Anwar menerajui parti.

“Kedua-dua mempunyai kelebihan masing-masing terutamannya Rafizi yang masih muda dan belum ‘lelah’ dan tidak dibebani dengan jawatan besar dalam negara. Dalam masa sama Azmin mempunyai kedudukan penting dalam negara juga boleh membantu memperkuatkan parti kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan.

“Dua-dua individu ini layak untuk jawatan timbalan presiden dan keputusannya akan ditentukan ahli PKR,” katanya.

Bekas ADUN Bandar itu juga berkata beliau tidak gemar membuat perbandingan antara individu yang layak, tetapi adalah penting jawatan Timbalan Presiden diisi mereka yang boleh membantu Presiden menerajui parti.

“Calon Timbalan Presiden mesti sanggup menggalas kedudukan memperkukuh kedudukan Anwar, memperkuat kedudukan presiden bagi tugas besar menerajui PKR,” katanya.

Anwar hari ini secara rasmi menamatkan spekulasi apabila mengumumkan bertanding merebut jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Anwar berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan seluruh pucuk pimpinan PKR bagi merebut jawatan yang kini disandang Wan Azizah.

Azan berkata PKR Terengganu sebulat suara menyokong keputusan Anwar dan ia merupakan penantian yang lama ahli parti untuk melihat “Bapa Reformasi” itu menjadi Presiden.

“Ini adalah perkembangan yang lama ditunggu terutama oleh rakyat Terengganu yang merupakan negeri terawal menyambut gelombang reformasi pada tahun 1998,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan

Sekianlah artikel Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/angkat-wan-azizah-ketua-umum-rafizi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Angkat Wan Azizah Ketua Umum, Rafizi Pula Tanding Timbalan"

Catat Ulasan

Loading...