Loading...

Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR

Loading...
Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR
link : Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR

Baca juga


Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti yang akan diadakan November ini.

Kata Anwar, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan kepimpinan parti dan mengambil kira segenap sudut demi kelangsungan PKR di masa hadapan.

Menurutnya, beliau turut melihat keperluan untuknya turun ke gelanggang mengemudi parti selepas beberapa kali didesak berbuat demikian sejak 2007 lagi.

“Setelah berbincang dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail , Timbalan Presiden, dan kempimpinan, serta mengambil kira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan parti, dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden.

“Sejak Pemilihan PKR  tahun 2007 saya telah diminta untuk memimpin parti selaku Presiden. Namun, sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan pada ketika itu ternyata menjadi kendala, malah lebih parah lagi membawa implikasi pembubaran parti. Demi maslahah lebih besar, saya memilih untuk berundur ketika itu sementara Azizah kekal selaku Presiden ,” katanya dalam satu kenyataan,sebentar tadi.

Anwar turut mengajak rakyat melihat kembali pelbagai cabaran yang perlu dilalui isterinya yang ketika ini telah menjadi Presiden parti sejak 19 tahun lalu.

 “Maka wajar kita melihat ke belakang sebagai pedoman ke hadapan, Wan Azizah mengemudi PKR selaku presiden usai tahun 1999 dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi.

“Namun,  iktikad Presiden, Timbalan Presiden, pimpinan dan akar umbi, ditambah keazaman rakyat menyaksikan kita mendobrak sejarah memimpin Pakatan Rakyat (ketika itu) bersama Azizah menafi dua pertiga Umno-BN pada PRU12, meraih undi popular mencecah 51 peratus pada PRU13, dan melangkah gagah ke Putrajaya dengan menjadi parti komponen terbesar di Parlimen melalui muafakat Pakatan Harapan pada 9 Mei yang lepas.

“InsyaALLAH sekiranya mandat diperoleh dari akar umbi parti seluruh negara, saya akan mengemudi parti selaku presiden selepas selesai Kongres Nasional pada November nanti,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR

Sekianlah artikel Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/anwar-ibrahim-umum-akan-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar Ibrahim Umum Akan Bertanding Jawatan Presiden PKR"

Catat Ulasan

Loading...