Loading...

Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya !

Loading...
Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya !
link : Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya !

Baca juga


Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya !


SHAH ALAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan spekulasi bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang 'menggunakan' Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengurangkan pengaruhnya dalam kerajaan dan parti.

Beliau berkata, adalah tidak wajar setiap langkah yang diambil Perdana Menteri dilihat dalam konteks politik kerana beliaU mempunyai alasan sendiri demi kepentingan negara.

"Tidak, saya rasa itu (spekulasi) agak jauh. Saya tidak rasa kamu patut terjemahkan setiap langkah Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir) dalam konteks politik.

"Ketika saya dalam jawatan, sudah tentu saya memutuskan mengikut keutamaan dan cara saya.

"Kini, biarlah Tun (Mahathir) diberi kebebasan untuk mentadbir negara,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Tahlil bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie di sini malam tadi.

Anwar berkata, beliau tidak boleh menghalang sesiapa sahaja untuk membuat sebarang spekulasi tetapi ia sedikit pun tidak merisaukan dirinya.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan calon PKR Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.

Semalam, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi menolak dakwaan bahawa Mahathir sedang menggunakan beliau untuk 'mengawal' Anwar.

Dalam perkembangan lain, Anwar ketika ditanya pandangannya mengenai khabar angin berhubung pertandingan jawatan Presiden dalam pemilihan PKR Ogos ini memaklumkan ia masih belum disahkan secara rasmi setakat ini. 

"Kita tidak boleh layan desas-desus kerana masih belum ada keputusan yang sah. Azmin ada jumpa saya di Istanbul, Turki, tetapi beliau tidak pernah bangkit soal (pemilihan) ini. 

"Belum sah ada pertandingan atau tidak. Kalau ada pertandingan pun, kita kena hormati peraturan dan etika dan saya percaya Jawatankuasa Pemilihan PKR akan pastikan perkara itu dipatuhi," ujarnya. #sumber


Demikianlah Artikel Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya !

Sekianlah artikel Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/anwar-nafi-spekuladi-tun-m-guna-azmin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anwar Nafi Spekuladi Tun M Guna Azmin Sekat Pengaruhnya !"

Catat Ulasan

Loading...